(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Measurement of oxygen uptake rate (our) during start-up phase of aerobic granular sludge (ags) formation in leachate treatment

Measurement of oxygen uptake rate (our) during start-up phase of aerobic granular sludge (ags) formation in leachate treatment / Nurul Najihah Ahmad
Pelupusan sisa pepejal adalah kaedah yang paling biasa digunakan untuk melupuskan sisa pepejal perbandaran disebabkan oleh kelebihannya yang senang diuruskan, murah dan pemulihan kelompangan landskap dari kerja galian. Merawat dan menguruskan larut lesapan dengan selamat di tapak pelupusan sampah adalah amat penting untuk mengelakkan bahaya alam sekitar kepada permukaan dan air bawah tanah kerana ia boleh meresap ke seluruh tanah dan dasar tanah menyebabkan kesan negatif kepada air. Enap cemar berbutir aerobik (AGS) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan enapcemar diaktifkan dari Indah Water Konsortium (IWK) dan mempunyai potensi besar dalam mengurangkan jejak serta mempertingkatkan kecekapan loji rawatan air sisa perbandaran dan industri. AGS adalah komuniti mikrob novel yang membolehkan penyingkiran serentak karbon, nitrogen, fosforus dan lain-lain bahan pencemar dalam sistem tunggal enapcemar. Kaedah AGS menyediakan ciri-ciri yang unik, termasuk struktur yang padat, halaju pemendakan yang tinggi, kemampuan mengekalkan kepekatan tinggi biomass dan keupayaan pemindahan nutrien serentak. Sebaliknya, kadar penyerapan oksigen (OUR) ditakrifkan sebagai kadar di mana mikroorganisma menggunakan oksigen merupakan petunjuk bagi aktiviti biologi sistem. Manakala bagi kadar penyerapan oksigen khusus (SOUR), ia menyatakan jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma untuk mengambil satu gram makanan. Kedua-dua OUR dan SOUR digunakan sebagai parameter untuk membezakan larut lesapan semasa pembentukan AGS. Kajian ini bertujuan untuk membentuk AGS menggunakan larut lesapan sebagai suatu substrat. Selepas 50 hari operasi, enap cemar yang kecil dan padat dengan saiz 25-163 μm telah diperolehi. Saiz enap cemar berkurang daripada 219-1612 μm pada hari pertama operasi, yang mempunyai struktur yang rata, longgar dan tidak teratur. Analisis hubungan antara OUR dan pembentukan AGS berdasarkan pepejal terampai likur tercampur (MLSS), pepejal terampai meruap likur tercampur (MLVSS), masa pengekalan enap cemar (SRT), nisbah makanan kepada mikroorganisma (F/M) dan juga penyingkiran secara berkesan dalam pepejal terampai (SS) dengan penyingkiran maksimum sebanyak 80%. Manakala untuk permintaan oksigen kimia (COD), penyingkiran maksimum 67% diperolehi. Seterusnya, nisbah F/M meningkat daripada 0.65 g COD/g MLVSS d pada hari ke 15 kepada 3.52 g COD/g MLVSS d pada hari ke 30. Ini diikuti dengan kenaikan serentak SOUR pada hari ke 22 ke hari 30 iaitu 130 mg O2/g MLVSS h dan 263 mg O2/g MLVSS h, masing-masing. Ia menunjukkan SOUR mengalami kenaikan apabila nisbah F/M meningkat. Oleh sebab kadar beban organik (OLR) yang rendah, daripada 0.84 kg COD/m3d pada hari ke 12 kepada 0.62 kg COD/m3d pada hari ke 15 telah mengakibatkan MLSS juga untuk lebih rendah kepada 0.72 g/L pada hari ke 22. Perpecahan yang berlaku pada hari ke 12 mengakibatkan SRT lebih rendah (4 hari) menyebabkan nilai OUR rendah (0.63 mg O2 / L min) yang sepatutnya adalah lebih tinggi daripada SOUR (177 mg O2 / g MLVSS h). Pada hari ke 12 juga, OUR lebih rendah adalah disebabkan oleh nisbah F/M lebih tinggi (3.77 g d MLVSS COD/g). Hal ini kerana lebih rendah pengambilan oksigen oleh mikroorganisma yang sedikit. _______________________________________________________________________________________________________ Sanitary landfill is the most common method to dispose municipal solid waste due to such advantages as simplicity, low price and landscape-restoration of holes from mineral workings. Treating and managed safely landfill leachate is very important to avoid environment hazard to surface and ground water as it can percolate throughout soils and subsoils causing adverse impacts to receiving waters. Aerobic granular sludge (AGS) is one of the technologies that use activated sludge from Indah Water Konsortium (IWK) and it has a great potential in reducing footprint and improving efficiency of municipal and industrial wastewater treatment plants. AGS is a novel microbial community that allows simultaneous removal of carbon, nitrogen, phosphorus and other pollutants in a single sludge system. The AGS method provides unique characteristics, including compact structure, high settling velocity, ability to sustain high biomass concentration and simultaneous nutrient removal capability. On the other hand, oxygen uptake rate (OUR) defined as the rate at which microorganisms use oxygen is an indicator of the biological activity of the system. While for specific oxygen uptake rate (SOUR), it described the amount of oxygen used by the microorganisms to consume one gram of food. Both OUR and SOUR were used as the parameters to characterised the leachate during AGS formation. This research aims to cultivate AGS using leachate as a substrate. After 50 days operation, a small and compact sludge with size 25 - 163 μm were obtained. It decreases in size from 219 - 1612 μm on the first day operation, which has a flat, loose and irregular structure. The analysis on the relationship between OUR and AGS formation based on mixed liquor suspended solid (MLSS), mixed liquor volatile suspended solid (MLVSS), sludge retention time (SRT), food to microorganism (F/M) ratio and also removal effectively in suspended solid (SS) with maximum removal of 80%. While for chemical oxygen demand (COD), maximum removal of 67% is obtained. Next, F/M increased from 0.65 g COD/g MLVSS d on day 15 to 3.52 g COD/g MLVSS d on day 30. This is followed by simultaneous increment of SOUR on day 22 to day 30 which are 130 mg O2/g MLVSS h and 263 mg O2/g MLVSS h, respectively. It shows that SOUR increases when F/M increases. Due to a low organic loading rate (OLR), which was from 0.84 kg COD/m3d on day 12 to 0.62 kg COD/m3d on day 15 has resulting in lower MLSS to 0.72 g/L on day 22. The disintegration that occurs on day 12 resulted in lower SRT (4 days) reducing the OUR value (0.63 mg O2/ L min ) which should be it is higher than SOUR (177 mg O2/ g MLVSS h). Also on day 12, lower OUR is because of higher F/M ratio (3.77 g COD/g MLVSS d). This is due to lower consuming of oxygen by the lower microorganisms.
Contributor(s):
Nurul Najihah Ahmad - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008330
Language:
English
Subject Keywords:
landfill; leachate; (AGS)
First presented to the public:
7/1/2019
Original Publication Date:
9/27/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 72
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-09-27 11:21:12.005
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Measurement of oxygen uptake rate (our) during start-up phase of aerobic granular sludge (ags) formation in leachate treatment1 2019-09-27 11:21:12.005