Kajian kes yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan
bonggol jalan dan bar melintang bagi mengurangkan kelajuan pelbagai jenis
kenderaan kepada halaju yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan data
pengurangan halaju ini, halaju kenderaan sebelum dan selepas kenderaan melalui
bonggol dan bar melintang ini perlu dicerap. Beberapa lokasi cerapan telah dipilih
iaitu kawasan yang mempunyai penduduk berkepadatan tinggi seperti di Jalan
Persiaran Gurney, Pulau Pinang dan penduduk berkepadatan sederhana padat
seperti di Nibong Tebal dan Parit Buntar. Data ini kemudiannnya akan dicerap
berdasarkan kepada halaju beberapa jenis kelas kenderaan seperti kereta,
motosikal dan lori sebelum dan selepas melalui bonggol dan bar melintang. Data
yang dicerap kemudian akan dianalisis serta dibandingkan dengan Arahan Teknik
(Jalan) Jabatan Kerja Raya Malaysia.
_______________________________________________________________________________________________________
The objective of this study is to compare on the effectiveness of road
bumps and transverse bars in reducing the speed of various types of vehicles. In
order to obtain the speed reduction data, vehicles speed data traveling before and
after road bump and transverse bar were collected at various locations in areas
with high intensity population such as Gurney Drive, Penang and medium density
population such as Nibong Tebal and Parit Buntar. Analyses were then conducted
based on various vehicles categories such as cars, motorcycles and lorries to
obtain the speed of vehicles traveling before and after the speed bump and
transverse bar. The results obtained were then compared with the design
specifications in Arahan Teknik (Jalan) Jabatan Kerja Raya.