Penggunaan batu bata dalam dunia pembinaan sebagai bahan binaan telah berkembang
pesat sejak berpuluh – puluh tahun yang lepas. Sifat - sifat yang terdapat pada batu bata
merupakan elemen penting dalam menentukan kualiti sesuatu batu bata. Sifat – sifat ini
ialah seperti kekuatan mampatan, kadar penyerapan air, kebolehtelapan,
kebolehkerjaan, ketahanlasakan dan kadar permulaan serapan air. Sifat – sifat ini
dikawal oleh taburan saiz liang batu bata. Projek ini mengkaji hubungan taburan saiz
liang batu bata terhadap kekuatan mampatan batu bata tersebut. Selain itu, projek ini
juga mengkaji pengaruh taburan saiz liang terhadap sifat – sifat bata yang lain seperti
kadar penyerapan air dan sifat kebolehtelapan. Kajian dijalankan berpandukan ujian –
ujian yang telah dilakukan keatas batu bata. Ujian – ujian tersebut adalah ujian
kekuatan mampatan, ujian tekanan vakum dan ujian tekanan Nitrogen. Ujian tekanan
vakum untuk menentukan taburan saiz liang dan kadar penyerapan air. Ujian tekanan
Nitrogen untuk menentukan kebolehtelapan. Ujian – ujian ini berpandukan kepada
piawaian British iaitu BS 3921 : May 1974 dan BS 3921 : 1985.
_______________________________________________________________________________________________________
Bricks are the most important element in construction area. There are a several types of
bricks but it has the same function. Nowadays, we can even find colors bricks. The
usage of it has been known since decades. The features are the most important element
to describe the quality of it. It includes compression strength, water absorption,
permeability, workability, durability and initial rates or suction rates. These elements
are controlled by the pore size distribution of the bricks. This project studies about the
influence of the pores, the features, water absorption and the permeability of the bricks.
Regarding to the studies, several tests has been done to the bricks. The tests include the
compression strength test, vacuum pressure test and Nitrogen pressure test.
Technically, the vacuum pressure tests are to define the pore size of the bricks and the
ratio of the water absorption while the Nitrogen test is to define its permeability. This
test is referred to the British Standard of BS3921: Mei 1974 and BS 3921:1985.