(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Challenges and benefits of implementing green building technology in building construction projects

Challenges and benefits of implementing green building technology in building construction projects / Lim Zen Yang
Teknologi bangunan hijau (TBH) ialah aplikasi proses-proses yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan keberkesanan sumber-sumber sepanjang kitaran hayat sesuatu bangunan. TBH telah meningkatkan kesedaran awam dalam tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan iklim global. Industri pembinaan turut sedar bahawa sumber-sumber asli akan kepupusan jika ia tidak mengamalkan pembangunan lestari. Berdasarkan fakta bahawa rekabentuk alam pembinaan mempunyai pelbagai kesan terhadap kita semua, pakar-pakar mula memfokuskan kepada rekabentuk dan pembinaan bangunan-bangunan menggunakan praktik-praktik lestari yang akan menyokong industri pembinaan dengan suatu cara yang lebih bertanggungjawab untuk menangani sumber-sumber asli. Adalah dijangkakan output pengeluaran global meningkat dengan signifikan menjelang tahun 2030. Bagi menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang, adalah penting untuk melaksanakan TBH dalam industri pembinaan. Disebalik pelbagai faedah TBH, perlaksanaan TBH di Malaysia adalah masih lambat disebabkan pelbagai cabaran. Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dan faedah-faedah perlaksanaan TBH dan mengukur pemberat diantara cabaran-cabaran dan faedah-faedah melaksanakan TBH dari perspektif kelestarian. Hasil dari kajian soal-selidik menunjukkan bahawa cabaran-cabaran perlaksanaan TBH adalah lebih signifikan dari faedah-faedah perlaksanaan TBH. Cabaran yang paling signifikan ialah "peranan kerajaan dalam mempromosikan teknologi bangunan hijau" dengan Indeks Penting Relatif (RII) sebanyak 4.54, daripada 5.00. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak berkepentingan dalam industri pembinaan untuk memahami perlaksanaan TBH bagi membuat keputusan dan pembangunan polisi, selain boleh digunakan sebagai rujukan untuk kajian perbandingan masa depan. _______________________________________________________________________________________________________ Green building technology (GBT) is the application of processes that are environmentally responsible and resource-efficient throughout a building's life-cycle. GBT has raised the public’s awareness in recent years due to global climate change. The construction industry is also aware that natural resources will be depleted if it does not practise sustainable development. Based on the fact that the design of built environment has various impacts on all of us, experts are beginning to focus on the design and construction of buildings using sustainable practices that will support the construction industry with a more responsible way to manage natural resources. Global construction output is predicted to grow significantly by year 2030. In order to preserve our environment for future generations, it is important to implement GBT in the building construction industry. Despite the enormous benefits of GBT, the implementation of GBT in Malaysia is still considered as slow due to various challenges. This study aims to determine the challenges and benefits of GBT implementation and to measure the weightage between the challenges and benefits of implementing GBT from sustainability perspectives. The result from questionnaire survey shows that the challenges of GBT implementation are more significant than the benefits of GBT implementation. The most significant challenge is “the role of government in promoting green building technology” with a Relative Importance Index (RII) of 4.54, out of 5.00. It is expected that this study can assist the construction industry’s stakeholders to understand GBT implementation for decision making and policy development, besides can be used as a reference for future comparative studies.
Contributor(s):
Lim Zen Yang - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008024
Language:
English
Subject Keywords:
(GBT); resource-efficient; life-cycle
First presented to the public:
1/1/2019
Original Publication Date:
4/15/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 166
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-15 12:49:09.694
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Challenges and benefits of implementing green building technology in building construction projects1 2019-04-15 12:49:09.694