(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Penggunaan ujian tanpa musnah ke atas struktur kayu

Penggunaan ujian tanpa musnah ke atas struktur kayu / Tan Poh Soon
Ujian tanpa musnah umpamanya ujian tukul pantulan dan ujian halaju denyutan ultrabunyi digunakan untuk mengkaji kesesuaian ujian-ujian tersebut dapat dijalankan terhadap struktur kayu. Dua jenis kayu daripada kumpulan S.G (strength group) yang berlainan telah dipilih daripada Table 3 dalam MS 544: Part 2: 2001, “Code Of Practice For Structural Use Of Timber: Part 2: Permissible Stress Design Of Solid Timber”, Malaysian Standard untuk dijadikan kajian. Lima sampel kayu daripada setiap jenis kayu itu disediakan bagi mendapatkan nilai purata dan membuat perbandingan terhadap kedua-dua ujian tersebut. Kesan kandungan lembapan terhadap kedua-dua ujian tersebut yang terdapat dalam kayu diukur daripada setiap sampel kayu yang telah digunakan dalam ujikaji. Nombor Rebound yang diperoleh dalam arah serenjang dengan ira kayu adalah lebih tinggi daripada Nombor Rebound yang diperoleh dalam arah selari dengan ira kayu dan nilai Nombor Rebound meningkat dengan peningkatan kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan dalam arah selari dengan ira kayu adalah lebih laju daripada halaju denyutan dalam arah serenjang dengan ira kayu dan halaju denyutan meningkat dengan peningkatan kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan selari dengan ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu bagi kedua-dua jenis kayu. Nombor Rebound yang diperoleh pada arah serenjang ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu. Kombinasi maklumat daripada ujian tukul pantulan dan ujian halaju denyutan ultrabunyi yang lebih teliti diperlukan untuk menjangka kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu. _______________________________________________________________________________________________________ The Non-Destructive Testing (NDT) methods such as rebound hammer and ultrasonic pulse velocity technique are used to study the suitability of these NDT methods to assess the structural integrity of timber elements. Two types of timber with different strength were selected from Table 3: Strength groups of timber in MS 544: Part 2: 2001, “Code of Practice for Structural Use of Timber: Part 2: Permissible Stress Design of Solid Timber”, Malaysian Standard to be assessed. Five samples from each type of timber were prepared to obtain the mean value of each test and to differentiate between both tests. Moisture content in each sample of timber was measured throughout both tests which been carried out. Rebound number across the grain is bigger than rebound number along the grain for both types of timber. The value of rebound number increased with the increasing of the strength of tested timber. Ultrasonic pulse velocity along the grain is faster than ultrasonic pulse velocity across the grain for both types of timber. Ultrasonic pulse velocity also increased with the increasing of the strength of tested timber. Ultrasonic pulse velocity along the grain gave a good correlation with compression strength parallel to grain for both types of timber. Rebound Number across the grain gave a good correlation with compression strength parallel to grain. The combination of detail information from rebound hammer and ultrasonic pulse velocity is required to predict the compression strength parallel to grain of timber.
Contributor(s):
Tan Poh Soon - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001313
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
ujian; denyutan kayu;
First presented to the public:
3/1/2004
Original Publication Date:
7/20/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 70
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-20 14:26:54.285
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penggunaan ujian tanpa musnah ke atas struktur kayu1 2020-07-20 14:26:54.285