Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin berleluasa.
Jumlah kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dari
tahun ke tahun. Faktor utama yang menjadi punca kemalangan ialah kecuaian
pengguna jalan raya, faktor persekitaran dan faktor kenderaan. Akibat daripada
kemalangan ini, negara kita telah kerugian beratus – ratus juta ringgit setiap tahun.
Kerugian ini termasuklah kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan kenderaan,
rawatan perubatan serta kehilangan tenaga kerja. Kemajuan negara mungkin terjejas
dalam tempoh jangka panjang sekiranya kejadian kemalangan jalan raya ini
berterusan. Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di Malaysia ke tahap yang paling minimum. Laporan ini
membincangkan tentang kajian kemalangan jalan raya di kawasan Bandar Baharu dan
Nibong Tebal. Kajian ini melibatkan penganalisaan data kemalangan bagi tahun 1999
dan 2000. Kaedah makro telah digunakan dalam membuat analisis terhadap data yang
diperolehi. Berdasarkan analisa tersebut, beberapa punca-punca kemalangan serta
lokasi kemalangan telah dikenalpasti.
_______________________________________________________________________________________________________
The phenomenon of road accident in Malaysia now days become increase. The total
of injuries and death cause of road accident also become increase year by year. The
main causes were believed to be the human factors, surrounding factors, and also
vehicle factors. Due to the accident, our country has lost about million ringgit every
year. This included the lost of life, injuries, damages to the cars, the cost of medical
and treatment and also the lost of employees. It also can effect the country
development in long term if the road accident is still happen. The action must be taken
to decrease the road accident in Malaysia to the minimum level. This report was
discussed about the accidental study in area Bandar Baharu and Nibong Tebal. The
accident data for year 1999 and 2000 were use in this study. The macro method was
use for analyzed the data were collected. A few of dangerous location and accident
factors were defined according to this analysis.