Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan antara ketumpatan kering
tanah sampel dengan bacaan Mackintosh Probe yang dipasang dengan mata penusuk
JKR (akan dipanggil JKR Probe selepas ini). JKR Probe merupakan salah satu kaedah
yang sering dipakai untuk menganggarkan kekuatan tanah di tapak pembinaan di
Malaysia. Dengan adanya hubungan ini, dapatlah membentuk satu alternatif baru di
mana ketumpatan kering tanah dapat ditentukan dengan cepat. Selain itu, kajian ini
juga melibatkan pemerhatian terhadap perubahan bacaan JKR Probe pada tenaga
pemadatan yang berlainan. Tanah ini juga akan dikelaskan mengikut piawaian Unified
Soil Classification System. Keputusan menunjukkan kandungan lembapan optimum
untuk maksimum JKR Probe tidak berlaku pada kandungan lembapan optimum untuk
ketumpatan kering maksimum. Perbezaan antara kandungan lembapan pada
maksimum bacaan JKR Probe dengan kandungan lembapan optimum bagi maksimum
ketumpatan kering semakin kecil apabila tenaga pemadatan menaik. Namun begitu,
tujuan utama untuk mencari alternatif baru ini gagal dicapai disebabkan perbezaan
nilai ketumpatan kering tanah yang didapati adalah melebihi 20% dengan nilai
sebenarnya.
_______________________________________________________________________________________________________
The main objective of this project is to determine the relationship between
dry density of the soil sample and JKR Probe readings. In Malaysia, it is common that
JKR Probe is used to estimate the stiffness of the soil in construction sites. Once the
relationship has been identified, a fast and simple alternative to determine dry soil
densities would be generated. This study also looks at the changes and behaviours of
JKR Probe readings when soil samples are subjected to various energy of compaction.
The soil sample is classified according to Unified Soil Classification System. The
results indicate that the optimum moisture content corresponding to maximum probe
reading does not match the optimum moisture content corresponding to maximum dry
density. The difference between the two optimum moisture contents however gets
smaller as the compaction energy gets higher. As far as the main objective of
predicting field dry density using JKR Probe is concerned, it has not been very
successful. The dry densities as predicted using the probe was 20% more than the
actual values.