(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Study of gap acceptance for yield-controlled left-turning lane at signalised intersections / Noradila Marzuki

Study of gap acceptance for yield-controlled left-turning lane at signalised intersections
Proses penerimaan ruang adalah satu proses di mana kenderaan menerima ruang yang tersedia untuk bergerak masuk ke dalam aliran trafik utama. Seseorang pemandu mesti menilai ruang antara kenderaan yang berpotensi untuk bercanggah di aliran trafik utama dan perlu membuat keputusan sama ada untuk memasuki aliran trafik utama atau tidak dengan menggunakan ruang yang ada. Kekurangan kajian lepas yang mencukupi berkaitan penerimaan ruang bagi lorong belok kiri dengan tanda beri laluan di persimpangan berlampu isyarat di Malaysia telah memberi motivasi untuk membuat kajian lanjut. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ruang kritikal dan susualan masa di lorong belok kiri dengan tanda beri laluan di persimpangan berlampu isyarat dan juga melihat kepentingan kesan ruang kritikal terhadap tempoh masa dan masa menunggu. Kaedah Raff digunakan untuk menganggar ruang kritikal di persimpangan yang telah dipilih untuk kajian ini. Kaedah Raff sering digunakan pada kajian lepas disebabkan kaedah ini memudahkan untuk mendapatkan ruang kritikal dan kaedah ini juga digunakan bagi kajian ini untuk mendapatkan ruang kritikal. Kaedah Raff menggunakan ruang yang ditawarkan kepada pemandu di mana ruang ialah masa antara ketibaan kenderaan yang dipandu oleh pemandu di garisan beri laluan dan ketibaan kenderaan seterusnya di aliran trafik utama. Seseorang pemandu ditawarkan satu ruang dan mereka perlu membuat keputusan sama ada ingin menerima atau menolak ruang yang ditawarkan. Nilai ruang kritikal yang diperolehi untuk motosikal ialah 1.25 saat. Nilai jurang kritikal diperolehi untuk lorong belok kiri dengan lorong nyahpecutan ialah 1.25 saat dan dengan lorong belok kiri tanpa nyahpecutan ialah 1.20 saat. ___________________________________________________________________________________________________ Gap acceptance is a process where a vehicle accepts an available gap to manoeuvre in to the major traffic stream. A driver entering in to a major traffic stream must evaluate the space between potentially conflicting vehicles and have to decide whether to enter the lanes or not using the space available. Lack of adequate past study on gap acceptance for yield controlled left-turning lanes at signalised intersections in Malaysia has provided motivation for the research study. Main study of this research is to study the critical gap and follow up time at the yield controlled left-turning lanes at signalised intersection and to observe the significance of the effect of the critical gap on the queue length and delay time. Raff’s method is used to estimate the critical gap at the intersection. Raff’s method is frequently used because of its simplicity and also been used in the study. Raff’s method used gaps offered to the drivers which is the time between the arrivals of minor stream vehicle at a give-way line to the arrival of the next vehicle in the major stream. Each driver is offered one gap and they can then decide to accept or reject the gap. The critical gap is assumed to have the same value as critical lag. The value of critical gap obtained for motorcycles that used the yield controlled left-turning lanes at signalised intersection is 1.25 seconds. The value of critical gap obtained for left-turn lane with deceleration lane is 1.25 seconds and without deceleration lane is 1.20 seconds.
Contributor(s):
Noradila Marzuki - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875006825
Barcode : 00003106702
Language:
English
Subject Keywords:
traffic; signalised; left-turning
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
2/1/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 69
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-02-01 15:27:09.961
Date Last Updated
2020-06-02 10:48:27.505
Submitter:
Badli Syahar Bakhtier

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Study of gap acceptance for yield-controlled left-turning lane at signalised intersections / Noradila Marzuki1 2018-02-01 15:27:09.961