(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Study of hospital noise at parit buntar hospital, parit buntar, perak

Study of hospital noise at parit buntar hospital, parit buntar, perak / Muhammad Haris Zulharis
Kajian ini memberi tumpuan kepada pengukuran bunyi dalam kawasan hospital di Hospital Parit Buntar. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap bunyi dalam dan luar bangunan hospital, untuk mengenalpasti sumber bunyi dalam dan luar bangunan dan untuk menghasilkan profil bunyi luar bangunan hospital. Kajian ini dijalankan selama dua hari yang mewakili hari cuti (Thaipusam) pada hari isnin untuk kawasan luar bangunan dan waktu bekerja pada hari selasa untuk kawasan dalam bangunan bagi mengukur persekitaran bunyi dengan mengunakan meter pengukur bunyi. Pengukuran aras bunyi diambil dalam setiap 3 minit dengan jarak waktu 1 saat. Pengukuran aras bunyi dipantau pada waktu pagi (0800-1030), tengah hari (1200-1430), petang (1600-1830) dan malam (230-2300). Senarai sumber bunyi direkodkan secara manual melalui pemerhatian bersama dengan waktu kejadian dan pistol kelajuan digunakan untuk mengukur tahap kelajuan lalu lintas daripada pelbagai jenis kenderaan di atas jalan raya. Paras bunyi minimum (Lmin), maksimum (Lmax), paras bunyi melebihi 10% (L10), 50% (L50) dan 90% (L90) diukur untuk membantu menilai tahap bunyi bising sedia ada di pelbagai lokasi yang diputuskan sebelumnya. Keputusan menunjukkan tahap kebisingan yang dipantau dari segi purata LAeq (mean) antara 53.9 dB(A) to 56.1 dB(A) bagi kawasan luar bangunan disebabkan oleh aliran lalulintas, bilangan kenderaaan yang mempengaruhi persekitaran dan penjana daripada Mydin manakala purata LAeq (mean) dalam bangunan antara 51.8 dB(A) to 61.9 dB(A) untuk Wad Angerik, Wad Dahlia, Wad Mawar and Wad Melor disebabkan oleh perbualan antara pekerja, bunyi telefon, batuk, kerusi, radio dan kipas siling yang menyumbang bunyi berlebihan ke persekitaran. Kira-kira 90% dan ke atas bacaan bunyi yang dicatat melebihi tahap yang dibenarkan oleh Jabatan Alamsekitar Malaysia dimana 50 dB(A) pada waktu siang dan 40 dB(A) pada waktu malam. _______________________________________________________________________________________________________ This study focuses on monitoring hospital noise in the study areas of Parit Buntar Hospital. The objectives of this study were to measure noise levels of indoor and outdoor of the hospital, to identify the source of indoor and outdoor noise and to produce the outdoor noise profile at the hospital. This study was conducted within two days representing holiday (Thaipusam Festival) which is Monday for outdoor areas and weekday which is Tuesday for indoor areas to measure the noise environment by using a sound level meter. The noise measurement was collected in every 3 minutes with interval 1 second. The noise levels measurement were monitored in the morning (0800-1030), afternoon (1200-1430), evening (1600-1830) and night (2030-2300). The list of noise sources was recorded manually from the observation together with time occurrence and speed gun for measuring traffic speed of various type of vehicle on roads. Minimum noise level (Lmin), maximum noise level (Lmax), noise level exceed 10% (L10), 50% (L50) and 90% (L90) were measured to assist in assessing the existing noise level at a various pre-determined location. Results showed that the monitored noise levels in term of average LAeq (mean) between 53.9 dB(A) to 56.1 dB(A) for outdoor due to traffic flow, the number of vehicles influenced the reading of the noise to the surrounding and generator from Mydin Mall while for indoor average LAeq (mean) between 51.8 dB(A) to 61.9 dB(A) for Ward Angerik, Ward Dahlia, Ward Mawar and Ward Melor due to staff conversation, phone ringing, cough, scrap chair, radio, audio and ceiling fan also contributed noise to the surrounding. About 90% and above the noise levels recorded were exceeded the Maximum Permissible Sound Level by Receiving Land Use for Planning and New Development by Department of Environmental (DOE) which is 50 dB(A) in the day time and 40 dB(A) in the night time.
Contributor(s):
Muhammad Haris Zulharis - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008314
Language:
English
Subject Keywords:
monitoring; hospital; noise
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
9/26/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 115
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-09-26 16:37:51.325
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Study of hospital noise at parit buntar hospital, parit buntar, perak1 2019-09-26 16:37:51.325