(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kes ke atas masalah kecacatan dan keretakan konkrit di empangan hidroelektrik stesen janaelektrik Chenderoh

Kajian kes ke atas masalah kecacatan dan keretakan konkrit di empangan hidroelektrik stesen janaelektrik Chenderoh / Mohd Yusof Kasim
Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun di sebalik keghairahan kita atau pihakpihak yang berkenaan ingin menjayakan sesuatu projek pembinaan misalnya, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berlakunya kecacatan dan kegagalan ke atas struktur konkrit yang dibina. Apabila terdapatnya kecacatan ataupun kegagalan ke atas struktur konkrit terpaksalah pihak berkenaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menanganinya. TNB sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dengan rangkaian stesen janakuasa dan empangan yang diperbuat dari konkrit, tidak dapat dielakkan dari mengalami kerosakan dan kecacatan pada struktur konkrit. Melalui kajian kes ini, akan dapat diketahui punca keretakan dari pelbagai faktor seperti kaedah pembinaan, serangan kimia seperti pengkarbonatan, faktor geologi dan geografi, faktor bahan yang digunakan dan sebagainya. Saiz keretakan pada struktur konkrit itu perlu dipantau pada setiap bulan untuk suatu jangkamasa. Daripada data yang dicerap, hasil kajian mendapati kejadian keretakan pada struktur konkrit pada umumnya adalah disebabkan oleh pengecutan kering dan pergerakan awal haba serta memerlukan dijalankan kerja-kerja membaikpulih supaya struktur tersebut terjamin lebih kukuh dan jangka hayatnya dapat dipanjangkan serta selamat digunakan. _______________________________________________________________________________________________________ Construction industry in Malaysia today is developing very rapid .We are moving towards a developed country in the twenty first century. In spite of the vast concrete usage where new projects are being implemented, there are still a lot of weaknesses such as the failure or deterioration of a concrete structure. Whenever a concrete structure fails to perform, a big amount of money has to be spent in order to replace or to rectify it. Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) as one of the biggest power producer in Malaysia, having all the links of hydro electric power plants is also facing the same problems for their concrete structure. Through this case study on the defects and cracking of concrete at the Chenderoh Hydro Electric Power Station, the most common factors for concrete failure at service such as weakness during construction, chemical attacks, carbonation, geology and geographical factors or even the raw materials used will be known. Cracks width are being monitored every month for a certain period. From the data collected, studies has been carried out and found that the cracking of the concrete structures are mainly due to drying shrinkage or thermal cracking and needs rehabilitation in order to prolong its service with ease and safe.
Contributor(s):
Mohd Yusof Kasim - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001962
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Construction; concrete; deterioration
First presented to the public:
2/1/2005
Original Publication Date:
9/25/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 70
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-25 15:29:43.39
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kes ke atas masalah kecacatan dan keretakan konkrit di empangan hidroelektrik stesen janaelektrik Chenderoh1 2020-09-25 15:29:43.39