(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian terhadap masalah banjir di sungai senam,Ipoh berpandukan manual saliran mesra alam

Kajian terhadap masalah banjir di sungai senam,Ipoh berpandukan manual saliran mesra alam / Ridza’uddin Mohd Radzi
Masalah Banjir kilat adalah merupakan salah satu kesan akibat proses urbanisasi yang pesat di sesuatu kawasan tersebut. Dimana, ia mengakibatkan peningkatan kawasan tidak telap air dan meningkatkan kadar luahan air semasa hujan lebat.Rangkaian sistem saliran kaedah konvensional tidak lagi mampu untuk mengawal kesan urbanisasi ini. Oleh yang demikian satu kaedah baru yang lebih mesra alam diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan saliran untuk diimplementasikan dalam sektor pembangunan negara. Manual Saliran Mesra Alam digunakan bagi menganalisa dan merekabentuk rangkaian sistem saliran yang lebih baik dan dapat mengawal kuantiti kadaralir dan kualiti air larian sesuatu kawasan tadahan. Justeru itu, kajian masalah banjir di Sungai Senam akan menggunakan manual ini untuk menilai dan mencari punca masalah banjir kilat dibeberapa kawasan yang telah dikenal pasti. Disamping itu, beberapa langkah pencegahan akan disyorkan bagi menangani masalah banjir kilat ini. Data-data yang diperolehi seperti aras dasar, aras banjir, aras tanah dan saiz sediada sistem saliran adalah berdasarkan kerja-kerja ukur yang telah dijalankan di tapak. Analisa hidraulik yang dilakukan adalah berpandukan persamaan-persamaan manning’s, jadual dan graf didalam Manual saliran Mesra Alam. Keputusan yang diperolehi akan dinilai dan dianalisa bagi tujuan kajian selanjutnya. _______________________________________________________________________________________________________ Drastic urbanization can caused flash flood in certain area. It could increased the imperviouse area and the runoff during the heavy rain. The existing conventional drainage system could not longer coped with the drastic urbanization. So, a new urban stormwater management manual has been introduce by Department of Irigation and Drainage to be implemented in the country;s development sector. It has ben used to analysed and designed an effective drainage system which would control the waterflow quantity and water quality within the catchment area. Futher more, studies have been done in Sungai Senam drainage system and afw other areas in Ipoh truck with flash floods will be implement this urban strormwater management manual in order to evaluate and find the cause of these flash flood problem. Few prevention are rcommended in order to overcome the flash flood. Data obtained such as invert level, flood level, ground level and existing size of drainage system are based on survey work which have been done at field. Hydraulic analysis for sungai senam catchment done are based on the manning;s equation, graft and table in this manual and it’s results obtained will be analysed and evaluated for next study purposes.
Contributor(s):
Ridza'uddin Mohd Radzi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001951
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
flood; runoff; drainage
First presented to the public:
2/1/2005
Original Publication Date:
9/22/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 50
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-22 16:46:14.043
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian terhadap masalah banjir di sungai senam,Ipoh berpandukan manual saliran mesra alam1 2020-09-22 16:46:14.043