(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kemapanan perkhidmatan feri di Pulau Pinang

Kajian kemapanan perkhidmatan feri di Pulau Pinang / Nurul ‘Ashikin Md Nasir
Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada masa sekarang, mengkaji kemampuan perkhidmatan ini untuk bertahan pada masa akan datang dan juga mengenal pasti pesaing-pesaing feri seperti Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua Pulau Pinang yang dicadang untuk dibina kelak. Dalam kajian ini, maklumat primer dan sekunder telah digunakan. Maklumat primer telah diperolehi melalui kaedah soal selidik dan temubual. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini mengalami kerugian dalam operasi hariannya di samping pengguna yang semakin berkurangan menggunakan perkhidmatan ini. Sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki, kemapanan perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan terjejas. Cadangan seperti menaikkan taraf perkhidmatan feri kepada feri laju jenis catamaran dan membina pusat perniagaan di terminal feri perlu diteliti agar perkhidmatan ini menjadi pilihan pengguna. Tanpa cadangan alternatif seperti ini, perkhidmatan feri sebenarnya tidak mampu lagi untuk meneruskan operasi hariannya. _______________________________________________________________________________________________________ Penang ferry is one of the modes of transportation used to traverse between Penang and Seberang Perai. However, this service has become less popular after the construction of the Penang Bridge in 1985. The objective of this research is to review the current ferry service, to identify the challenges from present and future competitor which are the Penang Bridge and the Penang Second Link in the future and also to determine whether this service can sustain itself in the future. For this research, primary and secondary data have been used. Primary data are obtained by distributing questionnaire and through interview. The result from this research shows that this service is losing money in its daily operation and facing decreasing number of passenger. If this situation does not improve, the sustainability of the Penang ferry services will be affected. The suggestion to upgrade the current ferry service to make it faster and to build a business center at the ferry terminal should be considered carefully to make sure that this service will become the passengers’ choice. Without this alternative suggestion, the ferry service is not expected to survive and continue its daily operation.
Contributor(s):
Nurul 'Ashikin Md Nasir - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001400
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Penang; ferry; transportation
First presented to the public:
1/1/2004
Original Publication Date:
9/14/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 112
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-14 11:43:45.978
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kemapanan perkhidmatan feri di Pulau Pinang1 2020-09-14 11:43:45.978