(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian tarif air untuk beberapa negeri di utara semenanjung Malaysia

Kajian tarif air untuk beberapa negeri di utara semenanjung Malaysia / Noor Hazalina Abdullah
Air merupakan antara unsur penting bagi keperluan harian. Namun begitu sebelum air dapat diagihkan kepada pengguna, ia perlulah diproses terlebih dahulu. Untuk menjamin keberkesanan proses bekalan air yang berterusan, pihak yang bertanggungjawab perlu mengenakan bayaran kepada pengguna bagi menampung pembiayaan proses. Tujuan utama kajian dibuat ialah bagi mendapatkan rasional yang diambil kira dan mengetahui perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk proses meningkatkan tarif air bagi sesebuah negeri di Malaysia. Tetapi kajian lebih menjurus kepada kadar tarif air di negeri-negeri utara Malaysia seperti Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Maklumat dan bahan kajian diperoleh dari pelbagai pihak yang berkait rapat dengan pengurusan bekalan air. Hasil dari kajian, didapati bahawa peningkatan tarif air melibatkan beberapa faktor yang dikira munasabah dan diyakini adil bagi kedua-dua pihak samada pengguna mahupun pihak pengurusan bekalan air itu sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat dua kategori utama pengguna air iaitu pengguna domestik dan pengguna perniagaan atau industri. Pelbagai pemahaman mengenai pengurusan bekalan air dapat diperolehi menerusi kajian ini. Terutamanya mengenai proses dan sebab peningkatan tarif air bagi sesebuah negeri. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini juga dapat digunakan bagi sebarang unjuran yang akan diambil dari peningkatan tarif yang telah dikenakan. _______________________________________________________________________________________________________ Water is the most important basis necessity. Before the raw water can be distributed to the consumer, it has to be processed to maintain its purity and cleanliness. For this particular reason, the authority should charge the consumer to pay for the cost involved. The main objective of this study is to know the rational taken by the authorities to increase the water tariff for certain states in Malaysia especially for the states which are located at north of Peninsular Malaysia such as Kedah, Perak and Pulau Pinang. Data collection for this study was taken from the authorities that are involved directly in the water distribution sector. From this study, it indicates that the increase of tariffs is due to several factors that can be considered fair and reasonable for both domestic and industrial users. This study also provide the comprehension about the reasons and rationales that has been taken for increasing water tariff in certain states in Malaysia which can be used for any further study.
Contributor(s):
Noor Hazalina Abdullah - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002765
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Water; processed; cost
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/11/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 118
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-11 16:21:37.708
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian tarif air untuk beberapa negeri di utara semenanjung Malaysia1 2020-09-11 16:21:37.708