(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Investigation of irreversible bonding between polydimethylsiloxane and printed circuit board for designing leakage-free dna biochip / Norshah Rizal Ali @ Hasim

Investigation of irreversible bonding between polydimethylsiloxane and printed circuit board for designing leakage-free dna biochip_Norshah Rizal Ali @ Hasim _E3_2017_MYMY
Salah satu isu dalam merekabentuk biocip DNA pakai buang berasaskan teknologi kapilari elektroforesis adalah kebocoran bendalir dalam saluran mikro melalui ruang-ruang kecil antara elektrod-elektrod. Dalam kajian ini biocip yang bebas bocor dan boleh diguna semula direka untuk aplikasi pemisahan dan pengesanan DNA. Biocip ini terdiri daripada struktur microfluidic PDMS yang dibina dengan kaedah soft-litografi dan elektrod-elektrod tembaga yang diukir pada papan FR-4 menggunakan proses pembuatan lazim separa automatik. Lapisan halangan yang dibuat daripada bahan pembekuan dengan cahaya (photocurable) polimer diacrylate bisphenol A (DABA), digunakan untuk mewujudkan ikatan tak boleh balik antara substrat PDMS dan substrat PCB. Ujian tarikan telah menghasilkan purata kekuatan tegangan setinggi 287.357 kPa dan sisihan piawai ± 23.793 kPa. Keputusan ini adalah setanding dengan ikatan PDMS-PDMS melalui proses konvensional plasma oksigen dan melalui pengecajan korona. Sementara itu, ujian kebocoran menunjukkan bahawa saluran mikro boleh bertahan dengan tekanan lebih daripada 189 kPa dimana ianya cukup tinggi bagi kebanyakan aplikasi biocip. Akhirnya, eksperimen-eksperimen yang telah dilaksanakan pada DNA band tunggal yang dihasilkan dari proses PCR dan juga pada DNA band pelbagai daripada piawaian DNA ladder telah menunjukkan bahawa reka bentuk yang dicadangkan dengan jitu dapat mengasingkan cebisan-cebisan DNA dengan sensitiviti arus elektrik secara konsisten lebih tinggi daripada 100 nA dan pada kekuatan medan elektrik 20V/cm. Berbanding dengan reka bentuk sebelumnya yang menggunakan klip untuk mengapit secara mekanikal substrat PDMS dan PCB, pendekatan baru dengan berkesan melekatkan peranti tersebut, dengan itu menghalang kebocoran cecair dari kawasan sensor. Pencapaian ini bersama dengan sifatsifat lengai elektrokimia pada lapisan penghalang fotopolimer tersebut, membuka peluang dalam mereka bentuk peranti yang benar-benar mudah alih dan pakai buang untuk pengesanan biologi di masa hadapan. __________________________________________________________________________________ One of the issues in designing a disposable DNA biochip based on capillary electrophoresis technology is the leakage of fluid in the microchannel though small gaps between electrodes. In this work a leakagefree and reusable biochip is designed for DNA separation and detection applications. The biochip comprises PDMS microfluidic structure fabricated with soft-lithography and copper electrodes which are engraved on FR-4 board with standard semi-automatic processes. An inhibitive layer made from photocurable diacrylate bisphenol A polymer (DABA) is used to establish irreversible bonding between PDMS and PCB substrates. Pull-off tests resulted in an average tensile strength of 287.357 kPa and standard deviation ± 23.793 kPa. These results are comparable to PDMS–PDMS bonding via conventional oxygen plasma and corona discharge. Meanwhile the leakage test showed that the microchannel could withstand pressure of more than 189 kPa which is sufficiently high for most biochip applications. Finally experiments performed on single DNA band produced by using PCR and multiple bands from standard DNA ladders indicated that the proposed design can accurately separate DNA fragments with current sensitivity consistently higher than 100 nA and at electric field strength of 20V/cm. Comparing to the previous design that used clips to mechanically clamp PDMS and PCB substrates, the new approach effectively seals the device, thus preventing leakage of liquid from the sensor matrix. This together with the electrochemically inert characteristics of the photopolymer inhibitor, open up possibilities in designing a truly portable bio-sensing device.
Contributor(s):
Norshah Rizal Ali @ Hasim - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008742
Language:
English
Subject Keywords:
electrophoresis; PDMS; Comparing
Sponsor - Description:
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik -
Originally created:
3/1/2017
Original Publication Date:
3/5/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 151
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-03-05 12:47:44.586
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Investigation of irreversible bonding between polydimethylsiloxane and printed circuit board for designing leakage-free dna biochip / Norshah Rizal Ali @ Hasim1 2020-03-05 12:47:44.586