(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Non-destructive observation of underground utilities within usm engineering campus using ground penetrating radar (gpr)/Nur Hanisah Adnan

Non-destructive observation of underground utilities within usm engineering campus using ground penetrating radar (gpr)_Nur Hanisah Adnan_A9_2011_NI
Ground Penetrating Radar (GPR) adalah sejenis alat yang menggunakan kaedah elektomagnet yang direka khusus untuk mengkaji dan mengesan setiap objek bawah tanah. Juruukur tanah dan jurutera menggunakan GPR untuk mengesan sesuatu yang tertanam tanpa menggali lubang. Kaedah pengesanan yang selamat ini sangat penting dalam mengelak kerugian aset atau kehilangan nyawa jika penggalian dibuat tanpa pengetahuan yang mencukupi. Tujuan utama projek ini ialah untuk mengesan paip dan kabel di sekitar Kampus Kejuruteraan USM menggunakan GPR dan menghasilkan peta utiliti bawah tanah. GPR digunakan untuk mengesan setiap utiliti yang ada di bawah tanah di sepanjang Jalan Wawasan dan memberikan anggaran kedalaman yang tepat. Koordinat titik-titik bagi utiliti ini diperolehi dengan menggunakan kaedah ukur dan ditanda menggunakan semburan pelbagai warna. Pada akhir tesis ini, pelan dalam 2- D lengkap digunakan untuk memaparkan keputusan akhir dalam format AutoCAD atau GIS yang sesuai. Peta utiliti berdasarkan data daripada GPR telah dihasilkan. Dengan membuat perbandingan antara peta sedia ada daripada Jabatan Pembangunan USM dengan data yang diperolehi dalam bentuk AutoCAD, terdapat banyak perbezaaan. Peta yang sedia ada tidak mempunyai maklumat yang lengkap, tidak tepat dan tidak terkini. Kekurangan ini dapat diatasi dengan beberapa cadangan seperti memeriksa semula seluruh utiliti di sekitar kampus menggunakan GPR dan membentuk kumpulan ukur yang akan sentiasa mengemaskini peta utiliti yang sedia ada. Selain itu, pembelajaran dan teknik mengenai penggunaan GPR adalah penting supaya pola radargram difahami sebelum memulakan kerja sebenar. ___________________________________________________________________________________ Ground Penetrating Radar (GPR) is an instrument which uses electromagnetic method and is designed primarily to investigate and detect any subsurface materials. Land surveyors and engineers use GPR to detect anything buried underground without any digging. This non-invasive method of detection is crucial in avoiding costly damages to assets or loss of life during excavations made without prior knowledge. The main purpose of this project is to detect pipes and cables around USM Engineering Campus using GPR and to produce an underground utility map. GPR was used to detect underground utilities along Jalan Wawasan and provide accurate depth estimates for common subsurface objects. Coordinates of these details were obtained using ground survey method and these marks were sprayed using various colours. In the eventual outcome of this thesis, the completed 2-D format was used to deliver the final results in AutoCAD or GIS compatible formats. A utility map based on GPR data was then produced. By comparing the as-built plan from the USM Development Office and the finalized data in AutoCAD format, many differences were discovered. The as-built plan lacks information, inaccurate and not up-to-date. This deficiency can be solved and two recommendations are to recheck the existence of all utilities around the whole campus using GPR and form a team that will continually update the utility map of the campus. Besides that, learning to use the GPR and the techniques are important in order to understand the pattern of the radargram before conducting the real job.
Contributor(s):
Nur Hanisah Adnan - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Ground Penetrating Radar (GPR) ; map ; radargram
First presented to the public:
5/1/2011
Original Publication Date:
2/11/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 71
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-11 11:18:49.282
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Non-destructive observation of underground utilities within usm engineering campus using ground penetrating radar (gpr)/Nur Hanisah Adnan1 2020-02-11 11:18:49.282