Jalan dua lorong dua hala merupakan jalan yang membawa isipadu lalu lintas yang tinggi.
Kejadian ini bertambah serius jika ditambah dengan sikap pemandu yang cenderung
untuk mengekori kenderaan di hadapannya pada jarak yang rapat. Deretan-deretan
kenderaan kelihatan terbentuk dengan cepat. Jarak mengekor pemandu adalah antara
aspek yang mempengaruhi kemalangan jalan raya dan kemampuan menampung aliran
lalu lintas. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan aras perkhidmatan bagi Jalan
Bukit Panchor, Jalan Bandar Baru dan Jalan Bukit Panchor Paper Mill menggunakan
kaedah HCM, 2000. Kaedah HCM 2000 ini juga telah dianalisis dengan memasukkan
faktor ukp kenderaan dari Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan). Selain itu, model regresi
linear dibina bagi menjelaskan kehubungan di antara jarak kepala dan laju kenderaan.
Data lapangan didapatkan menggunakan alat jamar ‘Metro Count’. Data jarak kepala dan
kelajuan kenderaan yang berkait dengannya diasingkan kepada kelas-kelas kelajuan bagi
kategori kenderaan mengekor kenderaan: kereta mengekor kereta, kereta mengekor
kenderaan perdagangan (HGV), HGV mengekor HGV dan HGV mengekor kereta. Hasil
daripada kajian ini, Highway Capacity Manual 2000 dapat menentukan aras
perkhidmatan jalan. Penggunaan faktor ukp kenderaan dari Arahan Teknik Jalan 8/86
(Jalan) dalam kaedah HCM, 2000 memberikan aras perkhidmatan yang lebih tinggi.
Hasil hubungan antara jarak kepala kenderaan dengan halaju menunjukkan kebanyakan
pemandu cenderung untuk mengekor kenderaan di hadapannya pada jarak yang rapat.
_______________________________________________________________________________________________________
Two-lanes-two-way highway is a type of road that can carry high volume of traffic. This
situation become more serious if the value of headways is very small. The car following
behavior is one of the many aspects that are considered to influence road crashes and the
road traffic handling capacity. The purpose of this thesis is to determine the level of
services for Jalan Bukit Panchor, Jalan Bandar Baharu and Jalan Bukit Panchor Paper
Mill using the HCM 2000 method. This method is also used to analyse level of services
using the Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan). The level of service from the two methods
are compared. Beside that, linear regression models were developed to get the
relationship between distance headway and speed. The data for this two-lane-twodirections
road will be determined by the help of ‘Metro Count’ programmed to get the
traffic value. The distance headways and associated vehicle speed were separated into
several categories by vehicle type and then separated into speed classes according to type
of vehicle following i.e., car following car, car following heavy goods vehicle (HGV),
HGV following HGV and HGV following car categories. As a result from this project,
we know that there is no significant method in estimating level of service for the Arahan
Teknik Jalan 8/86 (Jalan) whereas it can be done by using the Highway Capacity Manual
2000. For relationship between distance headway and speed, drivers tend to follow
another vehicle closely and platoon appeared to develop rapidly.