(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Thin coated adsorbent layer on fin system for methylene blue dye removal / Shazlina Abd Hamid

Thin coated adsorbent layer on fin system for methylene blue dye removal_Shazlina Abd Hamid _K4_2017_MYMY
Lapisan penjerap nipis (PaintosorpTM) telah direka bentuk untuk menyingkirkan pewarna kationik daripada air sisa industry menggunakan sistem sirip yang merupakan sebuah teknik aplikasi penjerapan baru. Rawatan terkini menggunakan karbon aktif memerlukan bajet yang tinggi untuk proses pemasangan ruangan karbon and kos yang tinggi untuk penjanaan semula. Oleh yang demikian, sistem sirip mempunyai keupayaan untuk menggantikan unit rawatan konvensional yang mahal yang kebanyakannya digunakan dalam industri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji permukaan yang sesuai untuk disaluti oleh PaintosorpTM dan membangunkan persamaan matematik yang mudah untuk sistem sirip dengan menggunakan bentonit sebagai bahan penjerap yang disokong. Dengan adanya persamaan matematik tersebut dengan mudah dapat digunakan untuk menghitung keperluan salutan dalam merawat efluen tekstil. Dengan memasang sirip bersalut penjerap di dalam tangki, kepekatan warna dapat dikurangkan sehingga 90%. PaintosorpTM didapati tahan kepada suhu dan air serta boleh disalut di atas banyak permukaan. Parameter fiziko-kimia seperti kesan kepekatan warna (metilena biru), ketebalan bahan penjerap, kawasan permukaan, jarak antara sirip dan kadar pencampuran telah dikaji untuk penjerapan optimum pewarna terhadap PaintosorpTM. Ketebalan penjerap terbaik dan permukaan kawasan untuk penjerapan optimum pewarna (277.8 mg g-1) pada PaintosorpTM ditemui 87 μm dan 112 cm2. Data penjerapan keseimbangan mewakili isoterma Langmuir menunjukkan penjerapan berlaku di permukaan homogen dan dalam keadaan satu lapisan. Formula matematik yang dibangunkan daripada model isoterma penjerapan telah terbukti dapat digunakan dalam aplikasi berskala besar kerana kesalahan peratusan antara nilai kiraan and eksperimen adalah kurang daripada 18 %. __________________________________________________________________________________ An innovative cost effective thin coated adsorbent layer (PaintosorpTM) has been designed for removing cationic dye from industrial wastewater by using fin system as a new adsorption application technique. The current treatment using activated carbon requires high budget allocation for installation unit of carbon column and high cost for regeneration. Thus, fin system has ability to replace expensive conventional adsorption treatment units that mostly used in industries. The aims of this study are to find the suitable material to be coated with PaintosorpTM and to develop simple mathematical equations for fin’s system using bentonite as a supported adsorbent. These simple mathematical equations can be easily applied to enumerate coating requirement in treating textile effluent. By installing coated fins inside tank, the concentration of dye can be easily reduced up to 90%. The PaintosorpTM is found resistant to temperature and water and easily coated on many surfaces. The physico-chemical parameter such as effect of dye concentration (Methylene Blue), adsorbent thickness, surface area, fin spacing, and mixing rate has been studied for the optimum adsorption of dye on the PaintosorpTM. The best adsorbent thickness and surface area for the optimal adsorption of dye (277.8 mg g-1) on PaintosorpTM was found as 87 μm and 112 cm2, respectively. The equilibrium adsorption data was best fitted by the Langmuir isotherm, indicating the adsorption is homogeneous surface and in monolayer state. The mathematical formula derived from isotherm model of adsorption was revealed to be used in large scale application since the percentage error between calculation and experimental value was less than 18 %.
Contributor(s):
Shazlina Abd Hamid - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008740
Language:
English
Subject Keywords:
PaintosorpTM; regeneration; Langmuir
Sponsor - Description:
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia -
Originally created:
1/1/2017
Original Publication Date:
3/5/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 151
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-05-19 11:04:42.635
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Thin coated adsorbent layer on fin system for methylene blue dye removal / Shazlina Abd Hamid1 2020-05-19 11:04:42.635