Secara umumnya, projek ini menyentuh kajian mengenai perambatan gelombang di
dalam air. Perkam utama yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah untuk
mendapatkan corak sinaran antena dawai lelurus suku gelombang di dalam medium
air. Dalam melaksanakan kajian ini, perkara penting yang mesti dipertimbangkan
terlebih dahulu ialah frekuensi perambatan gelombang selain jenis gelombang yang
boleh dirambat. Untuk pengetahuan umum, di dalam medium yang lebih tumpat
daripada udara, misalnya air; gelombang mestilah dirambat dalam julat frekuensi yang
rendah. Nilai—^nilai keamatan medan disukat menggunakan penganalisis spektrum.
Nilai keamatan yang diperolehi seterusnya diplotkan di atas graf polar untuk
memerhatikan corak sinaran yang terhasil. Hasilnya, corak sinaran yang teibentuk
adalah terdiri daripada dua cuping utama.