(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Rainfall reflectivity relationship for rainfall nowcasting in northern region of peninsular Malaysia_ Mahyun Ab Wahab

Rainfall reflectivity relationship for rainfall nowcasting in northern region of peninsular Malaysia_ Mahyun Ab Wahab_A9_2017_MYMY
Peramalan hujan jangka pendek adalah salah satu daripada tugas peramalan yang penting dalam meteorologi. Kejayaan menjangka hujan bergantung kepada banyak faktor seperti, pengalaman peramal, kemampuan perkakasan radar dan parameter penukaran antara kebolehpantulan (Z) dan kadar hujan (R), dikenali dengan kehubungan Z-R (Z=ARb). Menggunakan teknik pengoptimunan, kehubungan baru untuk Radar Alor Star telah diterbitkan. Analisis kepekaan telah dijalankan untuk memudahkan proses penentukuran. Proses penentukuran dan pengesahan dijalankan antara hujan yang dicerap oleh radar serta tolok hujan untuk mendapatkan nilai parameter A dan eksponen b yang terbaik. Peramalan hujan jangka pendek dilakukan menggunakan teknik sekaitan-silang untuk mencari halaju dan arah hujan. Seterusnya, ramalan kegigihan menggunakan penentuluaran lelurus diaplikasi untuk meramal hujan yang akan datang dengan anggapan tiada pertumbuhan dan pereputan hujan. Parameter baru kehubungan Z-R untuk Radar Alor Star ditentukan sebagai Z = 40R1.6. Empat analisis statistik dijalankan dan dan didapati bahawa nilai Ralat Min (ME), Ralat Mutlak Min (MAE), Ralat Punca Min Kuasa Dua (RMSE) dan Pekali Penentuan (R²) adalah dalam penujuk statistik yang diterima dengan nilai masing-masing 1.77, 2.19, 3.11, and 0.90. Peramalan hujan jangka pendek menunjukkan keputusan yang boleh diterima untuk masa mendulu 10 dan 30 minit, menurut Pekali Kecekapan Nash dan Sutcliffe dengan nilai masing-masing 0.86 dan 0.48. Sebagai kesimpulan, ramalan kegigihan sesuai digunakan untuk meramal hujan jangka pendek, manakala parameter kehubungan Z-R adalah input penting dalam kejayaan peramalan hujan menggunakan radar __________________________________________________________________________________ Short term rainfall forecasting is one of the most crucial forecasting tasks in meteorology. The success of rainfall forecasting depend upon many factors such as, experience of forecaster, the capability of radar hardware and the parameter conversion between reflectivity (Z) and rainfall rate (R), called the Z-R relationship (Z=ARb). Using the optimization technique, new Z-R relationship parameter for Alor Star Radar was derived. Sensitivity analysis was conducted to ease the calibration process. Calibration and validation process were performed between rainfall radar and gauge data to get the best parameter of A and exponential b. Short term rainfall forecasting was conducted using cross correlation technique to find the speed and direction of rainfall. Then, persistence forecast using linear extrapolation applied to forecast the next storm with the assumption there are no growth and decay of rainfall. The new Z-R relationship parameter for Alor Star Radar was determined to be Z = 40R1.6. Four statistical analyses were performed and it was found that the Mean Error (ME), Mean Absolute Error (MAE), Root Mean Square Error (RMSE), and Coefficient of Determination (R²) value within the acceptable statistical indicators with the values of 1.77, 2.19, 3.11, and 0.90 respectively. Short term rainfall forecasting shows an acceptable result for 10 and 30 minutes lead time according to Nash and Sutcliffe Coefficient of Efficiency with the value is 0.86 and 0.48 respectively. As a conclusion, persistence forecast is suitable to forecast short term rainfall while Z-R relationship parameter value is an important input to the successfulness of rainfall forecasting by radar.
Contributor(s):
Mahyun Ab Wahab_ - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008433
Language:
English
Subject Keywords:
forecasting; Calibration; exponential
Originally created:
5/1/2017
Original Publication Date:
1/16/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 234
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-01-16 15:16:08.453
Date Last Updated
2020-12-02 12:38:53.186
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rainfall reflectivity relationship for rainfall nowcasting in northern region of peninsular Malaysia_ Mahyun Ab Wahab1 2020-01-16 15:16:08.453