(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Reduction of peak to average power ratio (papr) in orthogonal frequency division multiplexing (ofdm) signal using non-linear transform/Poon Chun Yip

Reduction of peak to average power ratio (papr) in orthogonal frequency division multiplexing (ofdm) signal using non-linear transform_Poon Chun Yip_E3_2014_NI
Pemultipleksan bahagian frekuensi ortogon (OFDM) telah dijadikan sebagai pelaksanaan standard untuk pelbagai aplikasi kadar data tinggi. Walau bagaimanapun, sistem OFDM mempunyai satu kelemahan iaitu nisbah kuasa puncak ke purata (PAPR) yang tinggi. Kelemahan ini menyebabkan ketidakcekapan dan meningkatkan kos sistem OFDM. Projek ini mempunyai dua objektif. Objektif pertama adalah untuk melaksanakan pengubahan tidak linear, khususnya pemampatkembangan hukum µ sebagai teknik pengurangan nisbah kuasa puncak ke purata dalam sistem OFDM dengan menggunakan MATLAB. Objektif kedua adalah untuk menganalisis prestasi pemampatkembangan hukum µ dari segi pengurangan PAPR dan penyusutan nisbah ralat bit (BER). Dalam analisis pemampatkembangan hukum µ, parameter seperti nilai µ yang digunakan, bilangan subpembawa dan jenis pemodulatan yang digunakan dalam sistem OFDM akan dijadikan sebagai pemboleh ubah untuk menyelidik kesan parameter terhadap prestasi pengurangan PAPR dan penyusutan BER. Daripada penyilidikan yang dijalankan, keputusan menunjukkan bahawa nilai µyang tinggi, bersama dengan isyarat OFDM yang mempunyai 1024 bilangan subpembawa dengan pemodulatan 16 modulasi amplitud kuadratur (QAM) mempunyai pengurangan PAPR yang lebih baik dengan sebanyak 3.776dB pengurangan dan penyusutan BER yang lebih rendah berbanding dengan variasi parameter isyarat OFDM yang lain yang digunakan dalam penyelidikan projek ini. ______________________________________________________________________________________ Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) has found itself implemented as the standard for various high data rate applications. Despite that, OFDM system suffers from an inherent drawback which is its high Peak to Average Power Ratio (PAPR) which causes inefficiency and increases cost of the OFDM system. This project has 2 objectives. The first objective is to implement a non-linear transform, specifically µ-law companding as a PAPR reduction technique on an OFDM system using MATLAB. The second objective is to analyse the performance of µ-law companding in terms of PAPR reduction and Bit Error Ratio (BER) degradation. In the analysis of µ-law companding, parameters such as the µvalue used, the number of subcarriers and the type of modulation used in the OFDM system will act as variables to investigate the effect of these parameters on the performance of PAPR reduction and BER degradation. From the investigations, the results shows that a higher µ value, together with 16 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) modulated OFDM signal with 1024 subcarriers yields better PAPR reduction by as much as 3.776dB reduction and lower BER degradation compared to other variation of the parameters of OFDM signal that are used in the investigation of this project.
Contributor(s):
Poon Chun Yip - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) ; wireless communication ; analogue signals
First presented to the public:
7/1/2014
Original Publication Date:
1/15/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 66
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-01-15 15:23:17.543
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Reduction of peak to average power ratio (papr) in orthogonal frequency division multiplexing (ofdm) signal using non-linear transform/Poon Chun Yip1 2020-01-15 15:23:17.543