Kehadiran bahan organik semulajadi (NOM) di permukaan air memberikan kesan negatif ke atas kualiti air. Ia memberi masalah kepada kualiti air seperti warna, bau, rasa dan meningkatkan dos bahan penggumpal. Kehadiran bahan organik semulajadi di permukaan air akan bertindak balas dengan klorin bebas semasa proses disinfeksi air yang akan meghasilkan bakteria sampingan (DBPs). Peghasilan bakteria sampingan akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Oleh itu, amat penting untuk meningkatkan penyingkiran bahan organik semulajadi semasa rawatan konvensional. Seperti yang dinyatakan oleh United State Environmental Protection Agency (USEPA), meningkatkan penggumpalan merupakan cara terbaik untuk menyingkirkan bahan organik semulajadi. Bagi kajian ini, proses penggumpalan dan pengelompokan telah dijalankan untuk meningkatkan penyingkiran bahan organik semulajadi dengan mengunakan aluminium sulfat dan ferik klorida sebagai pengental. Bagi sampel air dari Sungai Jalan Baru, pengentalan mengunakan pengental alum dengan kawalan pH 7 menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 77.78% penyingkiran pada dos peningkat 90 mg/L. Pengentalan mengunakan ferik klorida dengan kawalan pH 7 menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 81.08% penyingkiran pada dos peningkat 200 mg/L. Bagi sampel air dari Sungai Kerian, pengentalan mengunakan pengental alum dengan tanpa kawalan pH menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 77.08% penyingkiran pada dos peningkat 90 mg/L. Pengentalan mengunakan ferik klorida dengan kawalan pH 6 menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 81.25% penyingkiran pada dos peningkat 200 mg/L. Bagi sampel air dari Tasik Redac, pengentalan mengunakan alum dengan kawalan pH 7 menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 76.77% penyingkiran pada dos peningkat 90 mg/L. Pengentalan mengunakan ferik klorida dengan kdawalan pH 6 menunjukkan penyingkiran tertinggi bahan organik semulajadi sebanyak 46.46% penyingkiran pada dos peningkat 200 mg/L. Berdasarkan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa dengan menggunakan ferik klorida sebagai pengental pada dos tinggi lebih baik berbanding alum dalam menyingkirkan bahan organik semulajadi dan bahan organik semulajadi yang hadir dalam sampel air dari Sungai Jalan Baru dan Sungai Kerian lebih mudah untuk disingkirkan berbanding sampel air dari Tasik Redac.
_______________________________________________________________________________________________________
The presence of natural organic matter (NOM) in surface water gave negative effects on water quality by causing problems such as colour, odour, taste as well as increasing the coagulant dosage. The present of NOM in surface water reacts with free chlorine during chlorination to produce disinfection by-product (DBPs). Therefore, it is important to increase the removal of NOM during the conventional treatment. As reported by the United State Environmental Protection Agency (USEPA), enhanced coagulation is the best method in removing NOM. For this study, coagulation/flocculation process had been conducted to maximize NOM removals using aluminium sulphate and ferric chloride as coagulant. For water sample from Jalan Baru River, coagulation using alum with control pH 7 shows the highest removal of NOM with 77.78% removal at enhanced dose of 90 mg/L. Coagulation using ferric chloride with control pH 7 shows the highest removal of NOM with 81.08% removal at enhanced dose of 200 mg/L. For Kerian River water sample, coagulation using alum without pH control shows the highest removal of NOM with 77.08% at enhanced dose of 120 mg/L. When using ferric chloride, pH 6 shows the highest NOM removal with 81.25% where the enhanced dose was 200 mg/L. For Redac Pond water sample, coagulation using alum with control pH 7 shows the highest removal of NOM with 76.77% removal at enhanced dose of 90 mg/L. When using ferric chloride, pH 7 shows the highest NOM removal with 46.46% where the enhanced dose was 200 mg/L. From this study, it can be concluded that the use of ferric chloride as coagulant was better in removing NOM at higher dosage compared to alum and NOM present in water sample from Jalan Baru River and Kerian River were more easily to be removed compared to water sample from Redac Pond.