(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Rekabentuk satu teknik tera air separa rapuh yang berasaskan ‘wavelet’ untuk kegunaan pengesahan imej/Koh Ling Hock

Rekabentuk satu teknik tera air separa rapuh yang berasaskan ‘wavelet’ untuk kegunaan pengesahan imej_ Koh Ling Hock_E3_2005_NI
Kemasyhuran jaringan di seluruh pelosok dunia pada awal tahun 1990 telah menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi komersial untuk menawarkan sumber multi-media melalui rangkaian digital. Disebabkan peminat-peminat komersial mencuba-cuba untuk menggunakan rangkaian digital bagi menawarkan media digital rekaan mereka demi keuntungan, mereka mempunyai minat yang mendalam untuk melindungi hak-hak milik mereka. Dengan ini, teknik tera air digital telah diusulkan sebagai satu jalan penyelesaian untuk mencapai objektif ini. Teknik tera air digital telah banyak digunakan dalam aplikasi seperti perlindungan harta intelek, hakcipta, pengesahan isi kandungan dan penyembunyian informasi. Sejak tahun 1993, kajian tentang penggunaan teknik tera air digital dalam pengesahan kandungan imej semakin mendapat tempat. Pengesahan kandungan imej dilakukan dengan cubaan membenamkan maklumat ke dalam imej tersebut dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti kawasan yang telah diubahsuai. Dalam disertasi ini, satu teknik tera air separa rapuh yang berdasarkan wavelet untuk kegunaan pengesahan kandungan imej telah dicadangkan. Kaedah ini adalah sensitif terhadap sebarang pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kandungan imej yang telah terbenam. Dalam teknik ini, imej akan dibahagikan kepada blok-blok yang berbentuk segiempat sama tanpa pertindihan antara blok-blok tersebut. Kemudian, purata keamatan bagi piksel-piksel dalam setiap blok dihitung dan seterusnya dibenamkan balik ke dalam imej tersebut sebagai satu tera air separa rapuh untuk melindungi kandungan imej itu. Keputusan dari eksperimen jelas menunjukkan bahawa teknik yang telah dicadangkan adalah terjamin dan berkemampuan untuk mengesan kawasan yang telah diubahsuai. ___________________________________________________________________________________ The enormous popularity of the World Wide Web in the early 1990's demonstrated the commercial potential of offering multimedia resources through the digital networks. Since commercial interests seek to use the digital networks to offer digital media for profit, they have a strong interest in protecting their ownership rights. Digital watermarking has been proposed as one way to accomplish this. Digital watermarking serves many purposes, such as intellectual property rights protection, content verification and information hiding. Since 1993, the research of digital watermarking for image content authentication has received more and more attentions. Image content authentication tries to embed information in order to identify and localize any malicious attacks on the image. In this dissertation, a wavelet-based semi-fragile watermarking technique for image content authentication is proposed, which is robust against content-preserving operations, while very fragile to content-changing processing. The image is first divided into equal-sized, non-overlapping blocks. Then, the average of pixel intensities is calculated for each of such blocks and embedded as a semi-fragile watermark back into the image for content protection. The experimental results clearly demonstrate that the proposed algorithm is able to detect malicious attacks on the image, secure and robust to common image processing operations.
Contributor(s):
Koh Ling Hock - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
digital watermarking ; image authentication ; semi-fragile
First presented to the public:
3/1/2005
Original Publication Date:
2/20/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 63
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-25 16:34:51.587
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rekabentuk satu teknik tera air separa rapuh yang berasaskan ‘wavelet’ untuk kegunaan pengesahan imej/Koh Ling Hock1 2020-02-25 16:34:51.587