(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Rekabentuk penukar ac ke dc satu peringkat, 100w/Rabiah Othman

Rekabentuk penukar ac ke dc satu peringkat, 100w_Rabiah Othman_E3_2006_NI
Litar penukar ac ke dc biasanya merujuk kepada litar yang memproses isyarat arus ac menjadi keluaran arus dc. Litar-litar ini digunakan secara meluas dalam industri yang memerlukan kawalan dc yang boleh ubah, pengecasan bateri, punca kuasa peralatan industri dan juga bekalan kuasa bagi komputer. Rekabentuk ini dibina bagi menghasilkan suatu rekabentuk yang mempunyai masukan ac dan menghasilkan keluaran dc yang boleh ubah. Penukar ini direka khusus untuk memenuhi standard bagi kuasa kecil iaitu 100W. Rekabentuk ini merupakan satu cadangan penyelidikan yang sememangnya sangat berguna memandangkan ia dapat mengurangkan kos pengeluaran. Ia juga merupakan salah satu kaedah penukar yang ringkas dan sesuai bagi aplikasi kuasa rendah. Bagi rekabentuk penukar ac ke dc satu peringkat ini , topologi penukar ke hadapan digunakan. Rekabentuk dan simulasi litar bagi penukar ac ke dc satu peringkat dibuat dengan menggunakan perisian PSIM 4.1. Kecekapan litar yang diperolehi secara simulasi adalah 82.4 %. MOSFET digunakan sebagai suis dan kaedah pengawalan pensuisan yang digunakan adalah teknik pemodulatan lebar denyut (PWM) iaitu dengan menggunakan SG3525A. Daripada simulasi yang dibuat, keputusan yang diperolehi adalah hampir sama dengan kajian teori. Daripada ujikaji yang dilakukan pula, apabila voltan masukan, Vs yang ditetapkan adalah 12V, nilai kitar tugas, k = 0.5, frekuensi, f = 58.8 kHz, nisbah Ns / Np = 0.65 dan nisbah NR / NP = 0.5, voltan keluaran yang diperolehi adalah 3.9V. Kesimpulannya, hasil ujikaji membuktikan bahawa keputusan yang diperolehi hampir sama dengan nilai yang diperolehi daripada teori iaitu 4V. ______________________________________________________________________________________ Ac to dc converter normally refers to a circuit that converts an ac signal to dc signal. This circuit are used nearly in all industry that need variable output dc, battery charger, power supply for industrial equipments and also power supply for computers. This design was build to produce a variable dc signal with an ac signal as the signal input. The converter is designed to accomplish the standards for any small power (100W). Single stage ac-dc converters are an advisable solution because it can cut the cost for manufacturing. It also being one of the simplest single-stage ac-dc approaches and also suitable for low power applications. Forward converter had been used for design of single stage ac to dc converter. The design of single stage ac-dc converter used MOSFET as switch. In order to drive the MOSFET, a switching circuit with high frequency was designed based on Pulse Width Modulation (PWM) technique by using SG3525A. The simulation and analysis was done by using PSIM 4.1. From the simulation, efficiency of the circuit was 82.4% .The result that had been obtained using simulation nearly to result from theory. From the experiments, when input voltage, Vs =12V, duty cycle, k = 0.5, frequency f = 58.8 kHz, ratio of Ns / Np = 0.65 and ratio of NR / NP = 0.5, the output voltage, Vo= 3.9V. As the conclusion, result from the experiments proved that the value that had been obtained, nearly the result from theory which is 4V.
Contributor(s):
Rabiah Othman - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
dc converter ; ac signal ; battery charger
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/19/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 63
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-19 10:39:56.797
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rekabentuk penukar ac ke dc satu peringkat, 100w/Rabiah Othman1 2019-04-19 10:39:56.797