Telefon memainkan peranan yang penting pada masa kini. Perhubungan telefon
menjadi sistem komunikasi perhubungan paling utama memandangkan ia mampu
menghubungkan manusia hampir ke serata dunia. Projek ibusawat telefon ini
bertujuan untuk membina satu sistem telefon mini memberikan perkhidmatan kepada
empat pengguna menggunakan empat terminal telefon . Projek ini akan menjadi
modul contoh untuk memberikan pemahaman bagaimana sistem ibusawat sebenar
berfungsi dan apakah teknik rekabentuk litar ibusawat dan litar pengawalan asas yang
perlu ada pada satu ibusawat telefon. Projek ini juga mendedahkan jenis-jenis
pengisyaratan yang perlu ada pada sesebuah ibusawat telefon dan kaedah-kaedah
untuk mengesan isyarat tersebut. Keseluruhan projek ini melibatkan dua fasa iaitu
fasa rekabentuk perkakasan dan fasa implementasi perisian. Litar perkaksan telah
dihasilkan. Walaubagaimanapun, bahagian-bahagian perkakasan gagal berfimgsi
apabila digabungkan walaupun bahagian-bahagian litar tersebut berfungsi apabila
diuji secara berasingan. Manakala fasa implementasi perisian gagal disempumakan
oleh kesuntukan masa dan kekurangan maklumat.