Simulasi logik merupakan satu langkah penting dalam pembangunan Litar
Bersepadu Skala Sangat Besar (VLSI IC). Kemajuan Bahasa Takrifan Perkakasan
(HDL) menjadikan Verilog salah satu pengantara dominan yang digunakan untuk
pemodelan litar berdigit dan kes ujiannya. Pembekal Perisian Rekabentuk Elektronik
(EDA) ada menawarkan perisian dan juga perkakasan untuk tujuan simulasi.
Walau bagaimanapun, perisian simulasi adalah perlahan manakala simulasi bantuan
perkakasan tidak menawarkan cirian simulasi sebagai mana yang ditetapkan dalam
Verilog. Dalam projek penyelidikan ini, sebuah perkakasan simulasi yang berupaya
menjalankan simulasi Verilog dicadangkan iaitu Sistem VerCPU untuk menangani
kelemahan pelantar sedia ada. Pemproses VerCPU merupakan mikro-pemproses
aplikasi khusus yang direka untuk menjalankan simulasi Verilog. Pemproses ini
melakukan hitungan data Verilog dalam bentuk asalnya di samping menyokong aliran
program acara selari untuk mencapai kelajuan yang unggul. Sebagai pelantar simulasi
yang berasaskan kod, cirian keluaran dibekalkan dengan memberikan keputusan
dan penelitian yang sama seperti perisian simulasi. Sebuah sistem prototaip yang
lengkap berfungsi, VerCPU dibina di atas papan pembangunan Litar Aturcara Dalam
Bidang (FPGA). Sistem ini berjaya disahkan dan dibandingkan dengan sebuah perisian
simulasi sedia ada iaitu Synopsys VCS®. Sistem VerCPU berupaya mencapai kelajuan
sehingga 6 kali ganda walaupun dengan hanya menggunakan teknik-teknik asas untuk
mempercepatkan penilaian. Fungsi sistem ini sudah disahkan berkesan sebagai cara
simulasi Verilog alternatif yang berupaya memenuhi keperluan simulasi masa depan. __________________________________________________________________________________
Logic simulation is an important step in Very Large Scale Integration (VLSI)
IC development. Advancement in Hardware Description Language (HDL) has made
Verilog a widely adopted language used to model digital circuit and verification test
bench. Electronic Design Automation (EDA) vendor provides software and hardwareassisted
approaches to carry out simulations. However, software-based simulator is
slow whereas hardware-assisted simulator does not offer the same simulation fidelity
stipulated in Verilog. In this research project, a hardware-assisted Verilog simulator,
VerCPU System, was proposed to address shortcomings in existing platforms. The
simulator core is a custom designed application specific microprocessor specifically
adapted to handle Verilog simulation. The microprocessor computes Verilog data in
its native form while supporting event-driven parallelism directly to achieve speed
supremacy. Being a compiled-code simulator, simulation fidelity compliancy is
retained to offer the same result and visibility like the software-based solution. A
functional system, VerCPU, was developed and prototyped on a Field Programmable
Gate Array (FPGA) development board. This system was successfully verified and
benchmarked against a software-based compiled-code simulator, i.e. Synopsys VCS®.
VerCPU System can already achieve up to 6 times speed superiority with basic speed
improvement techniques applied. The simulator had proven to be a viable alternate
Verilog simulator to meet future simulation needs.