Dalam bidang perubatan, juru analisis bertanggungjawab menganalisis dan mengekstrak informasi daripada sampel sel darah unuk didiagnosis oleh doktor bagi pengesanan penyakit. Walau bagaimanapun bagi manusia, untuk melaksanakan kerja ini dalam lingkungan masa yang lama dan sampel yang banyak adalah memenatkan. Ini menyebabkan masalah kesilapan analisis kerap berlaku. Seorang juruteknik makmal memerlukan satu tempoh masa yang agak lama bagi memeriksa satu sampel. Kepekaan mata manusia adalah dalam lingkungan 40 peratus sahaja dan seorang juruteknik makmal hanya boleh menganalisis tidak lebih daripada 20 sampel sehari bagi mengelakkan bacaan yang salah. Sebagai penyelesaiannya, pembangunan perisian yang boleh menganalisis setiap sampel sel darah amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Perisian ini akan memeriksa keseluruhan sampel berdasarkan kriteria-kriteria sesuatu penyakit. Bagi projek ini, kriteria-kriteria ataupun ciri- ciri bagi parasit malaria perlu dipertimbangkan bagi mengenalpasti dan mengesahkan sama ada suatu sampel darah mengandungi parasit malaria ataupun tidak. Setelah kehadiran parasit malaria dikesan, bilangan parasit yang terdapat dalam satu imej sampel sel-sel darah akan dikira bagi menentukan jumlah parasit malaria yang terdapat dalam sampel tersebut. Perisian yang dibangunkan ini akan melaksanakan analisis terhadap sampel menggunakan teknik pemprosesan imej yang diimplementasikan menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek C++ Builder. Dengan penggunaan sistem ini, ralat semasa pengenalpastian dilakukan akan dapat dikurangkan dan lebih banyak sampel dapat diperiksa berbanding dengan kaedah biasa.
______________________________________________________________________________________
In the medical field the technicians will acquire and analyze data from test samples. The samples will be then diagnosed for any symptom of diseases by doctor. So, for a human eye to do this work for hours and hundreds of sample is very tedious and tiring, which can cause false diagnosis case. A lab technician spends at least half an hour to scan each slide and this is very time consuming. Sensitivity of the human eye is only about forty percent. Thus, technicians can read not more than 20 slides per day due to eye fatigue than can cause incorrect reading. To overcome those problems, the development of software to analyze each blood sample is needed. The software is developed to scan the entire sample according to the symptom or criteria of malaria parasites. For this project, the criteria and characteristics of the malaria parasite will be extracted to identify whether the sample of blood is affected by the malaria parasite. After the parasites have been detected, the amount of the parasite will be counted to determine the total amount of malaria parasite in the blood sample. This software imitates technician’s work where the analysis of the sample will be done based on image processing technique. The system is implemented in a C++ Builder-object oriented programming. With the use of the system, it should reduce error in diagnosis and more samples could be analyzed than manual analysis by technicians.