Projek Tahun Akhir ini merupakan rekabentuk aturcara computer bagi Perantaraan Grafik Pengguna (PGP) untuk pemerolehan data dari 3 penjana voltan. PGP ini adalah digunakan untuk menentusahkan kebenaran pemetaan kedudukan dengan kaedah Trilaterasi, melalui perbandingan antara koordinat titik objek yang dibina semula dan koordinat titik objek yang ditentukan terlebih dahulu oleh pengguna ataupun komputer. Data bagi voltan input adalah dengan giatnya diperiksa untuk pengesahan pemerolehan data dari penjana voltan tersebut, dalam aspek kejituan dan kepersisan bagi algoritma Trilaterasi. Kemudian, semua titik rujukan yang ditentukan terlebih dahulu and semua titik objek yang dibina semula diplotkan dalam Plot XY Cartesan, dengan label dan garisan penyambungan laluan bagi pergerakan setiap titik objek. Pemeriksaan kesilapan akan menjadi tugas seterusnya, bagi menentusahkan kebenaran koordinat titik objek yang dibina semula. Sebagai salah satu penggunaan dalam aplikasi nyata, rekabentuk PGP tersebut boleh menjadi bahagian utama dalam operasi belakang untuk keseluruhan sistem bagi pemetaan and pengesanan objek nyata
_________________________________________________________________________________________
This Final Year Project is the Graphical User Interface (GUI) design of the computer program for the data acquisition (DAQ) from 3 voltage sources. The GUI design is used to verify the correctness of position mapping by using Trilateration Methodology, through the comparison of the reconstructed object points coordinates with the user-defined or computer-defined predetermination of the object points coordinates. Input voltage data are intensively checked for validation of the data acquisition from the voltage sources in terms of accuracy and precision of Trilateration algorithm. Then, all the predefined reference points and all the reconstructed object points are plotted in Cartesian XY Plot, with labels and connected path lines for each individual object point motion. Error checking will be the next task to verify the correctness of the reconstructed object points coordinates. As one of the further usage in real application, this GUI design can be the main part of the back-end operation for the whole system of the positioning and tracking of the real object.