Sektor pembinaan di Malaysia telah bertambah maju, di mana ianya sejajar dengan
perlaksanaan Wawasan 2020 yang akan ditempuhi kelak. Di dalam bidang pembinaan
terdapat dua perkara yang menjadi aspek utama iaitu dari segi kos dan masa. Oleh itu,
amatlah penting untuk mengkaji kaedah-kaedah pembinaan yang terkini terutamanya
yang membabitkan penggunaan acuan kekotak. Kos untuk acuan kekotak sahaja menelan
hampir 30 % kepada kos keseluruhan projek. Ekoran daripada itu, satu kajian telah
dijalankan berhubung dengan kesesuaian penggunaan kaedah acuan kekotak daripada
aluminium ini. Dalam kajian ini, kaedah yang agak sesuai dilaksanakan adalah kaedah
soal selidik. Kaedah ini memberikan satu bentuk yang agak global dan di analisis kepada
data-data yang bersesuaian. Antara topik major yang di bincangkan adalah kelebihan dan
cara penggunaan acuan kekotak aluminium ini jika diaplikasikan di sektor pembinaan.
Berdasarkan kepada kajian yang di jalankan, ternyata penggunaan sistem ini memberikan
kesan yang baik kepada penjimatan masa dan kos projek serta lebih mesra alam jika
dibandingkan dengan kaedah konvisional. Oleh itu, sebagai cadangan amatlah penting
proses pemilihan kaedah acuan kekotak yang bersesuaian bagi sesuatu projek, ianya
dirancang dengan penuh teliti seterusnya dapat meminimumkan kos projek.
_______________________________________________________________________________________________________
Construction sector in Malaysia developing towards achieving Vision 2020. In the
construction field two elements that play very important role are factor of cost and time.
Therefore, it is very important to conduct a research on the use of aluminium formwork.
The cost of formwork is about 30 % of the whole cost of project. Related to that, a
research on is suitability had been carried out. In this research, the suitability is assessed
through the use of. One of the major topics that have been discussed in this research is the
advantages, its suitability and also the method of using aluminium formwork in
construction sector. Based on research, the using of this formwork system is found to be
effective for shorter project duration and environmental friendly if compared with other
conversional methods. As a suggestion, it is important to plan a suitable method of
formwork system which is suitable for the project so that it can minimum the whole cost
of project.