Ammonia adalah komponen pencemar yang biasa dijumpai di dalam larut lesapan.
Ammonia merupakan pencemar yang amat toksik walaupun pada kuantiti yang amat
kecil dan boleh memudaratkan hidupan akuatik dan juga merbahaya kepada manusia.
Larut lesapan terbentuk apabila air dari hujan melalui sampah sarap di tapak pelupusan
dan membawa segala pencemaran ke dasar tapak pelupusan seterusnya menyusup ke
bawah tanah lalu mencemarkan reservoir air bawah tanah dan juga alam sekitar. Bagi
menjaga dan memelihara alam sekitar larut lesapan ini perlu dirawat secara rapi sebelum
dilepaskan ke alam sekitar. Satu kajian untuk merawat bahan pencemar dalam larut
lesapan yang diambil dari Tapak Pelupusan Sampah Sanitari Pulau Burung Peringkat III
seperti ammonia, COD dan juga fosforus telah dijalankan. Kajian dilakukan dengan
menggunakan kombinasi rawatan kimia fizikal bermula dengan pemendakan Magnesium
Ammonia Fosfat (MAP), dan diikuti oleh proses pengudaraan dan akhirnya rawatan
penjerapan menggunakan zeolit semulajadi. 85-90% ammonia berjaya disingkirkan
dalam prarawatan MAP dan seterusnya 60% COD disingkirkan dalam proses
pengudaraan dan juga penjerapan zeolite semula jadi. Kehadiran fosforus pula berjaya
disingkirkan ke 0 mg/L bagi semua sampel yang dikaji. Selain mendapatkan effluent
akhir mengikut standard B, rawatan ini juga menghasilkan enap cemar yang berguna
kerana enap cemar yang terhasil memiliki sifat sepertimana yang terdapat dalam baja
komersil dan boleh digunakan dalam sektor pertanian.
_______________________________________________________________________________________________________
Ammonia is a common contaminant found in landfill leachate. Ammonia is toxic even in
small quantity and can affect water life forms and also hazardous to human being.
Leachate is a liquid formed when water due to precipitation passes through the waste in
landfill and transport pollutant and continue to migrate to the base of the landfill cell and
often percolate into the ground thus contaminate groundwater reservoir and the
environment. In order to protect and preserve the environment, leachate must be
thoroughly treated before discharging it to the environment. A study was conducted on
removal of leachate quality parameters such as ammonia, total COD and phosphorus
concentration at Pulau Burung Level III Sanitary Landfill by physico-chemical series of
treatment starting from Magnesium Ammonium Phosphate (MAP) precipitation,
followed by aeration process and finally adsorption using natural zeolite through batch
and column test. Approximately 85-90% of ammonia was removed during the
pretreatment of MAP alone, and the COD concentrations were reduced up to 60% during
the aeration and zeolite adsorption. Phosphorus contents were no longer a threat as all the
samples were reduced to 0 mg/L for all sample. Other than obtaining a final effluent of
standard B, the treatment byproduct produced by the precipitation can be beneficial as the
sludge have the same properties that of commercial fertilizer used for agricultural
purposes.