Kajian ini membentangkan gambaran keseluruhan nanopartikel perak dengan pendekatan sintesis hijau yang mempunyai kelebihan berbanding kaedah biasa yang melibatkan agen kimia yang berkaitan dengan ketoksikan alam sekitar. Bio-sintesis zarah-zarah nano perak menggunakan ekstrak tumbuhan telah mendapat sambutan yang banyak pada kebelakangan ini, umumnya disebabkan keberadaannya yang berterusan dan pelbagai kehadiran komponen metabolit penurun. Kajian ini memberi tumpuan kepada biosintesis nanopartikel perak menggunakan ekstrak kulit limau kasturi sebagai agen penurunan dan penstabilan. Apabila ion perak akueus, Ag+ terdedah kepada ekstrak kulit, ia akan diturunkan dan menghasilkan perubahan warna kepada warna coklat menandakan pembentukan nanopartikel perak. Partikel perak yang sudah disintesis disifatkan dengan menggunakan teknik- teknik spektroskopi UV-Vis, mikroskop elektron pengimbas, penyerakan cahaya dinamik, dan penyebaran tenaga X-ray. Spektrum UV-Vis yang dihasilkan oleh sampel mengandungi partikel perak menunjukkan peningkatan maksimum pada 450 nm. Antara parameter yang dikaji adalah penggunaan kepekatan ekstrak kulit C. Microcarpa yang berbeza, nisbah isipadu ekstrak kulit kepada kepekatan argentum nitrat, kepekatan argentum nitrat dan masa reaksi menunjukkan julat jarak gelombang yang sama pada penyerapan maksimum. Serapan tertinggi, 1.42 didapati selepas 72 jam tibdakbalas 5% ekstrak kulit dengan 8 mM argentum nitrat dalam ratio 1:5. Purata saiz bagi partikel perak yang dianalisis menggunakan pencerakan cahaya dinamik adalah 235 nm.
_______________________________________________________________________________________________________
This review presents an overview of silver nanoparticles preparation by green synthesis approaches that have advantages over conventional methods involving chemical agents associated with environmental toxicity. Biosynthesis of silver nanoparticles using plant extract has gaining great interest lately, mainly due to their tremendous availability and various array of reducing metabolites. This study emphasizes on biosynthesis of silver nanoparticles using C. Microcapa peel’s extract as reducing and stabilizing agents. Aqueous silver ions, Ag+ when exposed to peel extract were reduced to silver metal, Ag and resulted in a colour change from colourless to brown indicating the formation of silver nanoparticles. The synthesized silver nanoparticles were characterized by UV-Vis Spectroscopy, Surface Electron Microscopy (SEM), Energy Dispersive X-ray Spectroscopy (EDX), and Dynamic Light Scattering (DLS). The UV-vis spectrum of sample containing synthesized silver showed a gradual increase of surface plasmon resonance with a maximum peak intensity around 450 nm. A few parameters such as peel extract concentration, volume ratio of peel extract to concentration of silver nitrate, silver nitrate concentration, and the incubation time have been studied and showed the same range of wavelength at maximum absorption. The highest absorbance which is 1.42 was obtained after 72 hours using 5 wt% peel extract that has reacted with 8 mM silver nitrate solution in ratio of 1:5. The hydrodynamic size distribution was analyzed using DLS which gives an average Z-diameter value of 235 nm.