Projek ini dilaksanakan untuk merekabentuk dan membangunkan satu sistem yang boleh mengukur kadar aliran air dalam satu saluran paip PVC yang berdiameter
40mm. Sistem ini direka dan dibangunkan berdasarkan daripada rekabentuk pam bilga. Sebagai cip mikropengawal sistem ini menggunakan PIC16F877. Manakala penderia yang digunakan adalah daripada jenis penderia sentuhan yang telah direka iaitu kipas yang berputar mengikut aliran air di dalam paip. Mikropengawal akan mengira bilangan putaran kipas kerana kelajuan aliran air di dalam paip adalah berkadar terus dengan putaran kipas. Bagi tujuan pengiraan bilangan putaran ini satu litar pengekod telah dibina menggunakan pemancar dan penerima infra-merah yang dipisahkan oleh lubang alur berputar. Litar pengekod ini akan menghantar isyarat terdiri daripada voltan tinggi dan rendah kepada masukan mikropengawal, manakala mikropengawal akan mengira bilangan voltan rendah yang diterima dan membahagikannya dengan masa penerimaan isyrarat. Selain itu, di dalam litar pengekod ini juga terdapat litar pembanding dan litar penguat yang digunakan untuk mengurangkan kesan riak, hingar dan meningkatkan voltan pada isyarat penerima infra-merah. Litar penguat ini penting kerana didapati keluaran voltan pada isyarat penerima infra-merah adalah kecil dan tidak dapat dikesan oleh cip mikropengawal. Bagi memudahkan melihat keputusan akhir, kadar aliran air ini kemudiannya akan dipaparkan kepada paparan LCD. Pada paparan LCD kadar kelajuan aliran akan ditunjukkan dalam unit meter per-saat (m/s) sebagai contoh 0.24 m/s
______________________________________________________________________________________
This project is being done to design and develop a system that can measure the flow rate of water inside a PVC pipe, 40mm in diameter. As a module the system was design and developed using a bilge pump design. For the microcontroller unit the system used a PIC16F877 chip. A propeller has been design as the tactile sensor for the system. The propeller will turn as water flows into the pipe. A microcontroller is used to count the revolutions of the propeller which is linear to the water flow rate in the pipe. For the purpose of counting the revolutions of the propeller an encoder circuit had been design. The circuit consists of an infra-red receiver and transmitter that is separated by a spinning slot. The encoder circuit will transmit series of low and high voltages which act as the input of the microcontroller. The microcontroller will then count the low voltage and divide it over the time it receive the signals. In the encoder circuit there are also a comparator and an amplifier circuit. These circuits’ purposes are to reduce the ripple and noise effect while increasing the voltage gain of the receiver signal. This is essential because the infra-red voltage signals are small and undetectable for the microcontroller. Lastly the output of the flow rate will be display in a LCD. The output will be in meter over second (m/s) example 0.24 m/s.