Laporan ini akan membincangkan prinsip-prinsip rekabentuk bagi simulasi pembolehubah keadaan dengan kawalan berkadaran (Propotional Controller) sebagai pengawal kelajuan didalam suatu sistem masa berterusan, yang kemudiannya dibekalkan kepada pengaturan laju bagi pemacu motor arus terus. Setiap langkah bagi mendapatkan persamaanpersamaan bagi algorithma kawalan ini didefinasikan dan dibincangkan dengan Jelas. Skema kawalan ini akan dibincangkan oleh simulasi keatas komputer berdigit dalam bahasa FORTRAN. Keadaan bagi keperluan, kewujudan dan kestabilan dalam mod kawalan berkadaran Juga diterangkan dan dipelajari dengan lengkap. la Juga menerangkan bagaimana
sistem kawalan gelung tertutup boleh mengawal arus dengan melimitkannya kepada nilai—nilai yang dikehendaki tanpa memberi kesan yang besar kepada pengaturan laju bagi pemacu motor arus terus. Akhirnya perbincangan keatas kesan yang disebabkan oleh gangguan tork beban dan Juga mengenai
sambutan (fana) transient didalam suatu sistem kawalan.