Kajian ini difokuskan kepada keberkesanan sistem “countdown” yang
dipasang bersama-sama lampu isyarat pada dua jenis jalan, iaitu jalan persekutuan dan
jalan negeri. Kajian ini dilakukan kepada dua bahagian secara umum iaitu laporan
teknikal dan pandangan pemandu terhadap sistem digital ”countdown” ini. Laporan
teknikal adalah mengenai pengiraan tahap aras perkhidmatan disimpang tersebut.
Keduanya ialah pandangan pemandu terhadap keberkesanan sistem ini. Dalam
laporan teknikal, perisian yang digunakan ialah aaSIDRA2.0. Dalam perisian ini,
kajian memfokuskan kepada perubahan aras perkhidmatan “Level Of Service” apabila
dipasang dengan sistem ini, dan apabila ia dimatikan. Terdapat perubahan aras
perkhidmatan pada beberapa lorong kajian apabila sistem ini beroperasi. Selain itu,
pengumpulan data dari tapak melalui alat radas Trax Mite membantu kajian dalam
mendapatkan data seperti jarak antara kenderaan dan kelajuan kenderaan pada setiap
lorong yang dikaji. Purata “Headway” kenderaan didapati berjarak antara 0-4 meter
manakala kelajuan kenderaan secara purata diukur sehingga 56km/j. Manakala
pandangan pemandu diperolehi melalui soal selidik terhadap keberkesanan sistem
digital “countdown”. Analisa daripada kajian soal selidik akan melihat kepada prestasi
simpang pada masa akan datang. Berdasarkan soal selidik, maklumbalas responden
terhadap sistem ini adalah memberangsangkan. Melalui dua kaedah umum yang telah
dinyatakan, akhirnya kajian akan melihat beberapa implikasi terhadap sistem
pemanduan kepada para pemandu. Namun, kajian mengenai sistem digital
“countdown” perlu diteruskan untuk mempertingkatkan tahap kecekapan pengurusan
sistem lalulintas di negara Malaysia pada masa sekarang dan akan datang.
_______________________________________________________________________________________________________
The study is actually focused on the effectiveness of digital countdown system
which has been installed at signalised intersections at to two types of roads, which are
federal roads and state roads. Generally, the study based on two approaches through e
technical analysis and through the opinion of drivers in Malaysia about this system.
The Level of Service and other important traffic parameters were calculated. In the
technical section, the software aaSIDRA 2.0 has been used. Based on the software, the
study compared the results when the time is operated and when they are not. TRAX
Mite is a device used to collect the measured data, which are the axle of the vehicles,
speeds and gaps of each vehicle throughout the lanes. In addition, several opinions
had been taken from the drivers to see their opinion about the effectiveness of this
system. Analysis was conducted and it is important to see whether the system could
perform well in the next few years or not.