Kebelakangan ini,Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) mendapat sambutan dalam bidang perpustakaan, pasar raya, dan industri pengesanan.Penyelidikan yang sedia ada dalam dunia RFID membolehkan kita membaca tag RFID tetapi tidak memberikan sebarang penyelesaian yang menyeluruh untuk tag keselamatan objek RFID.Dalam tesis ini, kami mencadangkan dan melaksanakan satu kaedah untuk menilai prestasi RFID dengan perubahan yang berbeza pada parameter dengan menggunakan program untuk koleksi buku perpustakaan.Selain itu,tesis ini juga dibuat untuk menganalisis kecekapan aplikasi RFID untuk mengesan sistem perpustakaan menggunakan antena yang berbeza untuk tujuan yang berbeza dan untuk menggunakan perisian aplikasi dengan mengintegrasikan keselamatan EAS.Bahagian kaedah yang terdapat dalam tesis memberikan pemahaman yang mendalam tentang kaedah ujian RFID menggunakan perisian SkyeWare 4. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sensitiviti tag yang tinggi untuk digunakan dalam bit keselamatan adalah Tag Pelekat Buku G2XM.Jarak yang terbaik untuk ketebalan 1 cm buku adalah 50 cm daripada ‘UHF RFID Tag’ dan satu lagi jarak terbaik untuk ketebalan 2 cm buku ialah 30 cm daripada Tag Pelekat UPM Raflatac Webx.Keupayaan menulis atau membaca kata laluan yang paling tinggi adalah pengesanan daripada Tag Pelekat Buku G2XM.Parameter terakhir adalah posisi buku yang berada dalam kedudukan A adalah yang terbaik untuk digunakan dalam sistem pengurusan perpustakaan.Oleh itu, daripada penemuan yang terhasil ini saya akan mengatakan bahawa pencapaian kuantitatif adalah kira-kira 70% memenuhi objektif.
___________________________________________________________________________________
Radio Frequency Identification (RFID) has recently gained attention in most of the field's like library,supermarket,and tracking industry.The present research in the world of RFID allows us to read the RFID tag but does not provide any complete solution for RFID security tagged object. In this thesis we propose and implement a method to evaluate the performance of RFID with different variation of parameter by applying program for library book collection.Besides,this thesis also made to analyze the efficiency of RFID application for library system detection using different antenna for different purpose and to apply the application software by integrating EAS security. Methodology section of the thesis gives in depth understanding of RFID testing method using the SkyeWare 4 software. The overall findings shows that the high tag sensitivity to use in security bit is G2XM-Book Sticker Tag.The best distance for 1cm thickness of book is 50 cm from UHF RFID Tag and another best distance for 2 cm thickness of book is 30 cm from UPM Raflatac Webx Sticker Tag.The high write or read password capability is the detection from G2XM-Book Sticker Tag.The final parameter is the position of book which is in position A is the best position to apply in library management system.Therefore,from these findings I would say that the achievements quantitatively is about 70% fulfill the objectives.