(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Multiband doherty power amplifier

Multiband doherty power amplifier / Lim Hoe Teng
Pada era penggunaan kuasa tinggi ini, pengurangan jejak karbon dan kecekapan tenaga adalah isu penting dalam radio mudah alih. Salah satu komponen yang menyumbang kepada isu penggunaan kuasa tinggi ialah penguat kuasa yang menggunakan kuasa sebanyak 60% dalam stesen pangkalan. Oleh itu, penghasilan penguat kuasa yang menggunakan kuasa rendah serta memberikan prestasi yang baik adalah penting. Projek ini menggunakan cara merekabentuk pendekatan penguat kuasa Doherty. Penguat kuasa ini terdiri daripada dua penguat kuasa yang direkabentuk secara selari. Penguat kuasa ini terdiri daripada penguat kuasa utama dan penguat kuasa kemuncak. Penguat kuasa utama beroperasi pada kemasukan kuasa yang rendah manakala penguat kuasa kemuncak beroperasi pada kemasukan kuasa yang tinggi. Penguat kuasa Doherty ini merangkumi pembilah kuasa Wilkinson tidak sama rata yang mengambungkan penguat kuasa utama dan kemuncak dalam nisbah 60:40. Seterusnya, kedua-dua penguat kuasa menggunakan model ATF-58143 daripada Avago Technologies dalam projek ini. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan penguat kuasa yang beroperasi pada 1.2/2.8 GHz dalam ISM band. Rekabentuk litar peguat kuasa ini disimulasi dengan menggunakan perisian yang bernama Agilent Advanced Design System (ADS). Papan litar bercetak yang digunakan untuk menghasilkan papan penguat kuasa ini ialah papan substrat RO 4003 yang berkualiti tinggi. Kesimpulannya, penguat kuasa Doherty yang direkabentuk dalam projek ini memberikan kuasa keluaran 37.75 dBm dengan kecekapan 76.93% pada frekuensi 2.4 GHz. _______________________________________________________________________________________________________ In the era of high power consumption, there is a need to reduce the carbon footprint and energy efficient mobile radio is essential. One of the components that contribute to this is the power amplifier that can consume up to 60% of power from base station. Thus, it is essential to have power amplifier that can provide low power consumption with addition to best performance such as high gain and high linearity like Doherty PA. The design consists of two amplifiers, the main and peaking amplifiers constructed in parallel. The main amplifier operates at low power input while the peaking amplifier operates at high power input. Additionally, a power divider is also needed for Doherty PA which is thus can have an input power ratio of 60:40 for the main and peaking amplifiers. Subsequently, the active device used in this PA is ATF-58143 which is GaAs E-PHEMT transistors from Avago Technologies. The PA is aimed to operate at 1.2/2.8 GHz in the ISM band. Agilent’s Advanced Design System (ADS) is used to simulate the Doherty power amplifier and generate the layout design. The power amplifier is fabricated on RO4003 substrate board and measured using network analyzer. In conclusion, the Doherty PA designed in this work provides 33.75 dBm of output power with PAE of 76.928% at 2.4 GHz.
Contributor(s):
Lim Hoe Teng - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005813
Language:
English
Subject Keywords:
power; amplifier; low
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
3/7/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 77
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-07 16:58:52.486
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Multiband doherty power amplifier1 2019-03-07 16:58:52.486