Laporan ini membincangkan hasil penyelidikan yang bertajuk ‘Kajian Penjanaan
Lalulintas Taman Pekaka’ di Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. Pemerhatian dijalankan
terhadap setiap ragam pengangkutan yang masuk dan keluar dari kawasan kajian. Kerjakerja
pengambilan data dijalankan terhadap dua jenis hari iaitu hari biasa dan hari
perayaan. Kawasan pembangunan yang terlibat di kawasan kajian ialah lawasan
pembangunan rumah teres, rumah semi-D dan rumah kedai. Kaedah yang digunakan untuk
mengambil data ini ialah kaedah pengambilan data secara manual dan kaedah borang soal
selidik dengan penduduk setempat. Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi tujuan
mendapatkan corak perjalanan harian dan mengenalpasti waktu puncak aliran lalulintas
dalam kawasan kajian. Kaeadah borang soal selidik penduduk tempatan adalah bagi
mewujudkan hubungan antara tabiat pembuat perjalanan dengan corak perjalanan . Kajian
ini menunjukkan nilai jumlah penjanaan bagi hari biasa adalah tinggi berbanding dengan
hari perayaan. Jumlah ini juga menunjukkan kawasan pembangunan rumah teres
mencatatkan ragam perjalanan yang tinggi berbanding kawsan pembangunan lain pada
dua hari tersebut. Antara sebab perkara ini berlaku dibincangkan di dalam laporan. Selain
itu, hasilkajian juga menyumbang kepada penyediaan Manual Penjanaan Perjalanan
Malaysia terutama untuk kawasan guna tanah perumahan. Hanya satu sahaja
pembolehubah tak bersandar dikaji dalam laporan ini iaitu bilangan unit rumah yang ada
di kawasan kajian. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah mencapai objektif untuk
menyediakan maklumat tambahan bagi Manual Perjalanan Malaysia di samping
mengenalpasti ciri-ciri perjalanan dan pemusingan di kawasan perumahan Taman Pekaka.
_______________________________________________________________________________________________________
This report discusses and presents the result of a research entitled ‘Trip generation Study
in Taman Pekaka’ at Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Study was carried out on every
entering and exiting trip at the site. Data were collected on two types of day; a weekday
and a public holiday. Methods used were; manual classified counts and through
questionnaire. These two methods were used in order to establish the trips pattern and
also to identify the peak hours of the flow. Questionnaire with residence were conducted
especially to get the correlation between travel characteristics and the pattern of trips.
Generally, the research shows that the amount of trip generation on the weekday is higher
compared to the public holiday. Similar were also found for link haoses which was
higher than other development both the public holiday and the weekday. The reason for
this finding is discussed in the report. This research has also contributed to updating the
Malaysian Trip Generation Manual especially for traffic in Taman Pekaka. Only one
independent variable was identified, which is the number of house unit such as link
houses, shop houses and semi-D houses. This research has achieved its objectives of
providing addition data for the Malaysian Trip generation Manual while establishing the
much valued trip pattern and travel bahaviour of Taman Pekaka users.