Kaedah yang digunakan di Malaysia bagi mengesan kehadiran bakteria (Mycobacterium Tuberculosis) di dalam imej sputum merupakan kaedah tradisional yang memerlukan patologi mengesannya melalui slaid mengandungi air liur yang diperiksa di bawah mikroskop berkuasa 100 x 10. Kaedah ini mendatangkan masalah kerana mengakibatkan mata patologi mudah letih dan lesu dan ini menyebabkan hanya
25 spesimen sahaja yang boleh diperiksa dalam masa satu hari. Masa yang diambil untuk memeriksa setiap slaid pula adalah antara 15 hingga 20 minit dan terdapat ralat dalam bacaannya. Sebagai penyelesaiannya, satu perisian akan dibangunkan menggunakan (C++ Builder Version 5). Perisian ini akan mengira jumlah bakteria dalam spesimen dan keputusan kiraan akan menentukan sama ada individu tersebut dijangkiti penyakit (Tuberculosis) atau tidak. Kaedah yang digunakan untuk mengira bakteria mengikut kaedah pemprosesan imej berwarna. Model warna merah, hijau dan biru (RGB) akan digunakan bagi memproses imej. Langkah pertama adalah memplot histogram bagi setiap komponen warna. Kemudian, nilai ambang bakteria dicari bagi menghasilkan imej ambang. Kemudian, penapisan imej ambang dilakukan bagi menghilangkan hingar dalam imej tersebut. Akhirnya, jumlah bakteria dalam imej sputum dilakukan.
______________________________________________________________________________________
In Malaysia, the traditional method for the identification of Mycobacterium tuberculosis bacteria requires a trained technologist to manually examined sputum specimen under 100 x 10 microscopes. This method is troublesome because it causes strain and eye fatigue and causes limits to only 25 specimens per day. It also takes 15 to 20 minutes to examine each specimen and it will cause error when reading results. As a solution, the development of a software system is proposed to automatically identify Mycobacterium tuberculosis cluster from digitized microscopic images of sputum specimens using C++ Builder Version 5 software. This software will count total bacteria in specimen and the result will determine whether the individual has tuberculosis disease or not. The technique used for counting bacteria is based on colour image processing. The red, green and blue (RGB) colour model will be used to process the colour image. The first step is to build the histogram for every colour component, and then the bacteria threshold value is identified to produce the threshold image. Next, filter image process will be done to eliminate the noise. Lastly, the bacteria will be count.