(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Aerospace Engineering >

Design and analysis of the performance of hybrid concept / Mohd Yasser Saari

Design and analisis of the performance of hybrid concept_Mohd Yasser Saari_A2_2011_NI
Secara amnya, projek tahun akhir ini bertujuan untuk merekabentuk laluan bagi misi antara planet, iaitu dari Bumi ke planet Pluto. Sepanjang proses merekabentuk misi ini, pelbagai konsep dan idea terutamanya dari mekanik orbit akan diaplikasikan untuk menghasilkan sebuah hasil kerja yang bersifat saintifik. Akan tetapi, bagi memudahkan proses analisa dan animasi, anggapan-anggapan tertentu akan disarankan dan dijadikan sebagai landasan untuk sebarang kemusykilan. Projek ini pada umumnya merangkumi dua bahagian utama, iaitu bahagian analisa dan animasi. Bahagian analisa akan mengaplikasikan konsep-konsep yang bersesuaian dari bahan rujukan manakala bahagian animasi bertanggungjawab untuk manghasilkan gambaran rekabentuk misi ini dalam bentuk 2-dimensi. Perisian utama yang akan digunakan sepanjang projek ini adalah MATLAB®. Rekabentuk yang dicadangkan dalam projek ini adalah lebih cenderung kepada kajian dan penerangan bagi laluan antara planet yang unik. Oleh hal yang demikian, rekabentuk mengenai subsistem kapal angkasa tidak akan dijelaskan secara mendalam sepanjang proses rekabentuk misi ini. Seperti yang dijelaskan, projek ini hanya bertujuan untuk mengkaji dan merekabentuk laluan tersendiri untuk misi antara planet. Maka, harus diingatkan hasil projek ini tidak boleh dianggap sebagai hasil kerja yang sempurna kerana projek ini masih belum mantap lagi dari segi keupayaannya untuk direalisasikan. Tahap hasil projek ini hanyalah pada peringkat awal dalam proses merekabentuk misi, memandangkan pelbagai anggapan harus diusulkan sebelum proses analisa boleh diteruskan. Oleh sebab itu, projek ini hanya boleh dianggap sekadar panduan bagi mereka yang ingin mengetahui dan memahami serba sedikit proses- proses pelancaran kapal angkasa dari Bumi ke planet yang lain. Akhirnya, diharapkan projek ini dapat membantu pelajar-pelajar dalarn bidang penerokaan angkasa lepas dalarn masa yang akan datang. ______________________________________________________________________________________ In general, this final year project (FYP) aims at designing an interplanetary trajectory mission, particularly from Earth to Pluto. Various concepts and ideas would be applied and implemented throughout the project in order to achieve the mission objectives. In the mission to Pluto, there are numerous assumptions made in order to simplify and facilitate the whole design, which serve as the basic guidelines in this project. The mission design comprised of two major parts; the computational analysis and the animation part. The first part would basically apply the fundamental concepts and ideas, especially from orbital mechanics for the mission design. Meanwhile, animation part would visualize the results of the interplanetary trajectory in 2-D animation. Both parts would make use of software of MATLAB® intensively in dealing with the programming. The project focused more on the study and understanding in interplanetary trajectory design. Therefore, no detailed particular in subsystems of spacecraft would be included in this report. Readers should realize that the mission design proposed in this project could only be classified as the preliminary design for the mission to Pluto at its best, and therefore, could never be a perfect reliable source of reference for practical mission in real world of space exploration. The ideas suggested here could only provide the most basic fundamentals in understanding interplanetary mission design, together with several reasonable assumptions. Finally, the project was completed with the interest in helping Malaysia to initiate local interest in space exploration in the future.
Contributor(s):
Mohd Yasser Saari - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
interplanetary trajectory ; Earth to Pluto; spacecraft
First presented to the public:
5/1/2011
Original Publication Date:
7/29/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Aerospace Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 103
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-07-29 11:57:21.742
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Design and analysis of the performance of hybrid concept / Mohd Yasser Saari1 2019-07-29 11:57:21.742