Sungai ialah kawasan tadahan hujan dan juga sebagai sumber air tawar kepada penduduk persekitaran, walaubagai manapun jika tidak dijaga dengan sempurna sungai boleh memberikan ancaman kepada penduduk persekitaranya kerana punca utama banjir berlaku ialah disebabkan oleh kegagalan sungai untuk berfungsi sebagai saluran kepada air larian. Selain daripada bencana banjir kegagalan sungai juga boleh merosakan punca rezeki kepada penduduk persekitaran jika kualiti sungai tersebut mulai menurun. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengumpul data berkaitan dengan saiz endapan dasar dan kadaralir bagi Sungai Kulim. Taburan saiz endapan ialah jumlah berat bagi setiap saiz berdasarkan sejumlah berat yang diayak, bagi kajian ini berat yang digunakan ialah 500g. Kadaralir ialah nilai aliran per masa dalam jumlah meterpadu per saat, kadaralir boleh mempengaruhi nilai taburan endapan didalam sungai oleh itu untuk mengkaji taburan saiz endapan maka pada masa yang sama harus mengkaji kadaralir. Data-data yang telah dikumpul akan dapat menentukan perbezaan diantara lokasi-lokasi yang berbeza-beza dan daripada perbezaan ini akan dapat meramal perubahan yang bakal berlaku kepada bahagianbahagian sungai. Pada masa akan datang data ini boleh digunakan oleh jurutera dan juga pihak-pihak tertentu untuk memulihara dan memelihara kestabilan Sungai Kulim.
___________________________________________________________________________________
River as a rain catchment area as well as a freshwater resource to the surrounding population, nevertheless if not being care enough might harm the surrounding population because of the flood which is caused by the stream failure to function as a water runoff channel. Other than flood, stream failure might also cause breakdown of income to the surrounding population if the quality of the stream started to decrease. A study is done to collect data associated with the bed sediment size and flow rate of Kulim River. Deposit size distribution is total of weight for each size based on an amount of weight sieved. For this study, the weight used is 500g. Flow rate is a flow value per time in total of cubic meter per second, flow rate could affect the deposit distribution value in the river, so that in order to study the deposit size distribution and at the same time the study of flow rate should be carried out. All the collected data will determine the differences within variable location and from the differential, we could predict the future changes of the stream.In the future time, this data can be used by the engineer and also appropriate party to take care and conserve the stability of Kulim River.