Halaju suatu motor aruhan boleh dikawal dengan menggunakan
berbagai teknik kawalan^ Teknik yang meluas digunakain
sekarang ialah pemodulatan lebar denyut ( PWM ) di dalam
penyongsang, Teknik ini membolehkan voltan keluaran dan
frekuensi dapat dikawal dengan berkesan. Secara asasnya
teknik, PWM ini ialah perbandingan isyarat masukan dengan
isyarat pembawa (isyarat gelombang segitiga ) yang berfrekuensi
tinggi untuk menghasilkan denyut segiempat. Lebar
denyut segiempat boleh diubah dengan mengubah frekuensi
isyarat masukan. Isyarat PWM yang terhasil ini digunakan
untuk mensuiskan pemenggal di dalam litar penyongsang
kuasa. Penyongsang digunakan untuk menukar isyarat arus
terus ( a.t. ) kepada isyarat arus ulang-alik ( a.u. ).
Bilangan denyutan PWM yang terjana di dalam satu kala
isyarat masukan berkadaran dengan voltan keluaran penyong
sang. Perubahan pada voltan keluaran penyongsang akan
menyebabkan kelajuan motor aruhan juga berubah.