(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Image and motion based detection system for room security

Image and motion based detection system for room security / Lee Joon Hong
Sistem keselamatan bilik adalah penting untuk masyarakat pada masa kini untuk memastikan bahawa perlindungan diberikan kepada orang yang berkenanaan untuk melindungi keselamatan dan harta seseorang. Sebenarnya, kes-kes haram seperti pecah rumah, pencerobohan, mencuri dan jenayah yang lain-lain semakin mengancam masyarakat. Penjenayah akan mengulangi perbuatan haram untuk merampas wang atau harta orang lain kerana mereka merasakan mereka boleh mendapatkan apa yang mereka mahu tanpa meletakkan sebarang usaha di atasnya. Oleh itu, untuk megurangkan kes-kes haram tersebut, sistem keselamatan digunakan untuk perlindungan dan pencegahan. Objektif sistem keselamatan bilik dalam projek ini adalah untuk mengesan pergerakan objek yang memancarkan radiasi inframerah dan menangkap gambar dengan menggunakan kamera untuk disimpan dalam memori untuk kegunaan di masa hadapan. Oleh itu, projek ini terdiri daripada gabungan sebahagian perkakasan dan bahagian perisian. Terdapat beberapa komponen yang digunakan supaya sistem keselamatan ini menjadi lebih praktikal dan sesuai. Komponen utama adalah sensor PIR dan kamera, komponen tambahan seperti LCD, buzzer, pad kekunci, LED dan servo motor juga digunakan. Untuk mengawal komponen-komponen tersebut, Intel Galileo Gen 1 digunakan untuk bertindak sebagai teras supaya menerima isyarat dan memberi arahan. Walau bagaimanapun, pin I/O dari Intel Galileo tidak cukup untuk menyambung semua komponen, oleh itu, Arduino Uno ditambah sebagai hamba kepada Intel Galileo. Penyelarasan di antara kedua-dua pengawal mikro berfungsi dengan sempurna untuk menggunakan semua komponen. Prototaip dibina untuk menunjukkan operasi sistem keselamatan bilik. Jikalau sistem ini digerakkan, penggera di dalam bilik berbunyi, LED menyala dan kamera menangkap foto untuk disimpan dalam memori komputer riba. Untuk mematikan sistem keselamatan yang digerakkan, kata laluan perlu dimasukkan dengan menggunakan pad kekunci dan semua syarat-syarat akan dipaparkan pada skrin LCD. Kesimpulannya, projek ini membina sebuah bilik sistem keselamatan yang mudah yang mana memerlukan kos rendah tetapi dalam masa yang sama, sistem ini melaksanakan fungsi yang sama seperti sistem keselamatan yang lain di pasaran. _______________________________________________________________________________________________________ A room security system is important to the society nowadays to ensure that protection is given to relevant person in order to protect one’s safety and property. In fact, illegal cases such as burglary, intrusion, stealing and other criminal are threatening the society. Criminals would repeat their illegal act to seize other’s money or property because they feel they can get what they want without putting any effort on it. Hence, to reduce the illegal cases happen, security system is used for protection and prevention. The objective of the room security system in this project is to detect the motion of object that emits infrared radiation and capture the images by using a camera to save in memory for future use. Thus, this project consists of the combination of hardware part and software part. There are few components used so that this security system is more practical and ideal. The main component is PIR sensor and camera, additional components such as LCD, buzzer, keypad, LED and servo motor are implemented. To control these components, Intel Galileo is used to act as a core in order to receive signal and give command. However, the I/O pin of Intel Galileo is not enough to connect all components, thus, Arduino Uno is added as a slave to Intel Galileo. Synchronization among both microcontroller works perfectly to utilize all components. A prototype is built to demonstrate the operation of the room security system. Once this system is being triggered, alarm in the room turns on, LED at triggered area light up and camera captures photo to save in memory of laptop. To switch off the triggered security system, a password is required to key in by using keypad. All the conditions will display on the LCD screen. In conclusion, this project built a simple room security system which is in lower cost but performing almost the same function as other security system in the market.
Contributor(s):
Lee Joon Hong - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005807
Language:
English
Subject Keywords:
security; society; protection
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
3/7/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 105
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-07 12:25:31.388
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Image and motion based detection system for room security1 2019-03-07 12:25:31.388