Kajian ini bertujuan menghasilkan satu litar penukar untuk memacu motor arus terus dalam dua arah. Dua sukuan bermaksud voltan keluaran samada positif atau negatif manakala arus keluaran hanya positif sahaja. Motor arus terus digunakan dalam projek ini kerana ia boleh beroperasi dalam dua arah. Ia boleh digunakan sebagai motor atau penjana kuasa. Arus terus diperlukan untuk mengerakkan motor arus terus. Oleh itu, satu litar penukar diperlukan untuk menukarkan masukan arus ulangalik (AC) kepada keluaran arus terus (DC). Empat thyristor digunakan untuk membina satu penukar penuh satu fasa untuk menukarkan arus AC kepada arus DC. Thyristor dipilih selain dari diod kerana ia boleh digunakan untuk mengawal sudut picuan bagi litar tersebut. Oleh kerana thyristor memerlukan denyutan untuk beroperasi, satu litar kawalan fasa digunakan untuk memicu denyut kepada thyristor. Dengan itu, litar tersebut dapat digunakan sebagai litar pensuisan untuk memicu litar penukar penuh satu fasa. Litar pensuisan yang dibina dapat digunakan untuk mengawal sudut picuan, halaju motor tersebut. Dengan mengawal voltan masukan dan sudut picuan, keberkesan litar pensuisan untuk memacu motor arus terus didapati mampu menghasilkan kawalan dua kuadran. Sudut lingkungan yang dapat dikawal adalah dari 0o hingga 179.3o. Dengan membekalkan kuasa kepada litar-litar tersebut, keboleh-putaran motor arus terus dalam dua arah dapat ditunjukkan.
______________________________________________________________________________________
The purpose of this project is design a switching circuit to trigger pulses to the bridge circuit and finally use this bridge circuit to drive the DC motor. Two quadrants mean the voltage can be positive or negative but the current just positive. DC motor is used because of it is inherently bi-directional. DC motor can be used as motor or generator. Direct current is needs to drive the DC motor. Therefore, single phase full control bridge is used to convert the alternating current (AC) to direct current (DC). Full Control Bridge means four thyristors are going to be combined. Thyristors are choose because of it can be used to control the firing angle. Thyristors needs pulse to trigger the circuit else it just in open circuit condition. Therefore, a switching circuit is designed to give pulses for the thyristors. The switching circuit can be used to control the firing angle and velocity of the DC motor. By adjusting the input voltage and firing angle, this switching circuit seems can make the DC motor to work in two quadrants. The range of the control angle is from 0o to
179.3o. By giving the source to those circuits, the smoothing running for the DC motor in both directions are showed.