Projek ini mengemukakan rekabentuk, teknik dan fabrikasi menggunakan sepasang transducer ultrasonik dalam bidang “Penggujian Tanpa Kerosakan”. Penggunaan teknik ultrasonik dipengaruhi oleh keupayaan transducer, rekabentuk yang diubahsuai untuk keadaan ujian yang tertentu, jenis teknik kawalan dan keupayaan untuk menjanakan isyarat ultrasound pada frekuensi yang dikehendaki. Projek ini dijalankan untuk merekabentuk satu litar untuk pengukuran jarak dan juga pengesan tahap glukosa pada seseorang pesakit diabetes. Idea utama rekabentuk ini menggunakan konsep asas penghantaran dan penerimaan pantulan isyarat ultrasonik dari suatu subjek. Projek ini dimulakan dengan rekabentuk, simulasi, fabrikasi dan ujikaji litar penghantar dan penerima untuk mengaktifkan sepasang transducer ultrasonik. Pemprosesan data penerima dilakukan oleh mikro pemprosesan dari Microchip, PIC16F877 dan dipaparkan pada skrin LCD (Liquid Crystal Display). Projek ini kemudian dilaksanakan dengan menginterpretasi bacaan yang dipaparkan dan keberkesanan serta ketepatan bacaan yang diterima, pembaikan terhadap frekuensi isyarat yang digunakan dan kebolehan rekabentuk tersebut dalam memenuhi objektif projek. Keputusan projek ini menunjukkan idea utama rekabentuk ini dapat dilaksanakan.
______________________________________________________________________________________
This project emphasizes on the development of ultrasound techniques and PCB fabrication utilizing a pair of ultrasound transducer, in the field of Non Destructive Testing. The usage of ultrasound devices is determined by the availability of outstanding transducers, adapted to testing conditions, allowing the control and the improvement of the forming of ultrasound beams at specified frequency. This project focuses on the design of an ultrasound detector for measurement of displacement and also to determine blood glucose levels in a diabetic patient. The main concept used in this project is the transmission and detection of a reflected ultrasound waveform signal from the subject. This project starts with design, simulation, fabrication and assembly of the transmitter and receiver circuit utilizing a pair of ultrasound transducer. The signal from the receiver would be processed by a microcontroller from Microchip, PIC16F877. The results would be displayed on a Liquid Crystal Display (LCD). Evaluation is carried out to determine a reliable reading and scaling of the readings obtained, improvement on the frequency characteristic and the effectiveness on utilizing the circuit in conformance towards the objective of this project. As a conclusion, it was found that the concept would work.