Teknologi Internet dan teknik-teknik pemprosesan imej yang semakin canggih menyebabkan pengagihan maklumat multimedia seperti imej melalui Internet telah menjadi semakin mudah. Imej-imej ini mungkin telah diubahsuai oleh pengguna sebelum ia diedarkan. Oleh sebab itu, ketulenan gamber susah ditentukan. Dalam disertasi ini, satu teknik tera air separa rapuh untuk tujuan pengesahan dan pemulihan imej telah dicadangkan. Dalam skim ini, maklumat tentang kandungan imej telah digunakan sebagai tera air dan disembunyikan dalam dimensi wavelet imej tersebut. Dalam proses mendapatkan ringkasan tentang kandungan imej, imej itu dibahagikan kepada blok-blok yang sama sisi dan tidak berulang. Selepas itu, purata keamatan bagi piksel-piksel dalam setiap blok dikira dan ia akan digunakan sebagai tera air bagi imej tersebut. Tera air yang telah disembuyikan ke dalam imej boleh digunakan untuk tujuan pengesahan imej. Sekiranya, imej tersebut telah diubahsuai, tera air yang disembuyikan itu boleh digunakan untuk memulihkan bahagian-bahagian yang telah diubahsuai. Imej berwarna dan hitam putih boleh disokong oleh skim tera air tersebut. Keputusan yang didapati melalui eksperimen telah menunjukkan bahawa teknik yang dicadangkan tersebut dapat mengesan pengubahsuaian pada imej dan juga memulihkan kawasan-kawasan yang telah diubahsuai.
______________________________________________________________________________________
The Internet technology and image processing technique have become more and more advance. Since the distribution of multimedia content such as digital images across the internet has become easier, the image may be tampered and published by an illegal user. Thus, it is difficult to determine whether an image is authentic or not. In this dissertation, a watermarking technique for image authentication and recovery is proposed. In this scheme, image-content-related features are first extracted and embedded as a watermark into the wavelet domain of the image. In features extraction process, the image is first divided into non-overlapping and equal-sized block. Then for each block, the average of pixel intensities is calculated and the results will be used as the image features. Then, extracted watermark is used to detect whether the image was tampered or not. If the image has been modified, the watermark will be used to restore the tampered parts. The watermarking scheme can support both color and grayscale images. The experimental results indicated that the proposed algorithm is able to detect tampering on image as well as recovering the tampered parts.