Disertasi ini memberi tumpuan kepada kesan simpang-L (penjuru) dalam bangunan terhadap tingkah laku pemindahan keluar bangunan ketika kecemasan. Kajian ini telah dijalankan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kecekapan sistem pengosongan bangunan PPKA dengan mempertimbangkan penjuru bangunan dan menganggarkan masa evakuasi yang diambil. Dalam masa yang sama kesan tolakan (interaksi daya tolakan) di antara penghuni dipaantau. Simulasi senario hipotetikal pemindahan di penjuru bangunan dijalankan dengan mengambil kira ketumpatan pejalan kaki dan lebar yang berbeza. Ketumpatan pejalan kaki dan lebar kemudahan berbentuk L (penjuru) adalah parameter utama dalam kajian ini. Oleh itu, sejumlah lapan simulasi telah dilakukan pada domain ujian. Crowd Behaviour Simulator for Disaster Evacuation (CBS-DE) dengan tambahan Human Behaviour Simulator (HBS) digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Hasil dari simulasi memberikan masa dan daya tolakan. Dapatan menunjukkan lebar yang terbaik bagi kemudahan berbentuk L (penjuru) adalah kes ke-3; iaitu lebar 1 pada 1.09 m dan lebar 2 pada 1.80 m. Begitu juga dengan perbezaan bilangan pejalan kaki pada 70, 88, 105 penghuni. Semua menunjukkan bahawa daya tolakan tidak melebihi paras selamat.
_______________________________________________________________________________________________________
This dissertation focuses on the effects of the L-shape facility (corner) in a building during an emergency evacuation. The study was conducted at the Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA). The objective of this study was to determine the efficiency of the evacuation system of PPKA building and to estimate its egress time. At the same time, also to determine the repulsion effects (interaction repulsive force) between pedestrians during evacuation process. Simulation hypothetical evacuation scenarios at the corner in a building are carried out based on the different pedestrian density and different widths. Pedestrian density and width of the L-shaped facility (corner) is the main parameter in this study. Therefore, a total of eight simulations had been performed on the test domain. Crowd Behaviour Simulator for Disaster Evacuation (CBS-DE) with the addition of Human Behavior Simulator (HBS) plug-in tool is used to analyze the data collected. The results of the simulations are egress time and repulsion effects. The findings showed that the best width for L-shaped facility (corner) is Case 3; which is width 1 at 1.09 m and width 2 at 1.80 m. Similarly for the difference in the number of pedestrians the 70, 88, and 105 people, everything indicates that the repulsive force does not exceed the safe level of contact force.