(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

2D simulation of Sultan Abu Bakar Dam release using HEC-RAS

2D simulation of Sultan Abu Bakar Dam release using HEC-RAS / Siti Multazimah Mohamad Faudzi
Empangan dibina sebagai tempat simpanan air untuk mengimbangi kenaikan dan penurunan aliran di kawasan tadahan dan untuk menjana elektrik. Walau bagaimanapun, jumlah pelepasan yang dikeluarkan tidak terkawal dari pintu alur limpah empangan akan memberi kesan kepada kawasan hilir. Pada 23 Oktober 2013, banjir berlaku di kawasan hilir Sungai Bertam mungkin disebabkan oleh jumlah pelepasan yang tinggi yang dibebaskan dari empangan Sultan Abu Bakar (SAB). Kesan daripada banjir tersebut, tiga orang disahkan maut dan hampir 100 buah rumah musnah atau tenggelam manakala lebih 100 kenderaan rosak. Oleh itu, kajian mengenai pelbagai pelepasan maksimum yang dilepaskan sepanjang 4 km dan 200 m lebar sungai di kawasan hilir telah dijalankan. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menentukan paras air banjir di sepanjang 4 km Sungai Bertam berdasarkan pelepasan empangan SAB. Paras air banjir dapat membantu menilai kesan banjir di kawasan tersebut yang disebabkan disebabkan oleh pelepasan empangan SAB. Simulasi berkomputer dilakukan untuk menganalisis pelbagai tahap pelepasan maksimum dari pintu alur limpah dengan menggunakan HEC-RAS yang dibangunkan oleh US Army Corp. Perisian HEC-RAS telah digunakan untuk membantu dalam menganalisis aliran saluran dan penentuan dataran banjir oleh penyelidik di seluruh dunia. Jumlah pelepasan air yang digunakan dalam simulasi ialah 10, 25, 30, 50, 100, 230 dan 300 m3/s. Pelepasan air diambil berdasarkan cadangan pelepasan empangan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Hasilnya, peta kedalaman maksimum, halaju maksimum, masa ketibaan dan sempadan banjir telah dibangunkan. Penemuan ini menghasilkan peta bahaya banjir dan dapat meramal kawasan risiko banjir. Kajian ini dapat membantu pihak berkuasa terutama penguasa empangan SAB untuk mengawal jumlah pelepasan maksima yang dibenarkan dari empangan bagi mengelakkan banjir berlaku di hilir Sungai Bertam. Selain itu, kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan kawasan yang berisiko mengenai masa perjalanan gelombang banjir. _______________________________________________________________________________________________________ Dams are constructed as water storage to compensate for fluctuations in catchment area and to generate electricity. However, uncontrollable amount of discharges released from the gated spillways of the dam would impact the downstream area. On October 23 2013, floods occured in downstream of Sungai Bertam probably due to a huge volume of discharges were released from Sultan Abu Bakar (SAB) dam. Impacts of that flood, three people were confirmed dead and nearly 100 houses destroyed or under water while over 100 vehicles badly damaged. Thus, study on various maximum discharges released along 4 km and 200 m width downstream river was conducted. The main objectives in this study are to determine flood water level along 4 km width of Sungai Bertam based on SAB dam release. The flood water level can helps evaluate effect of in that area due to SAB dam release. The computer simulation was done to analyse various maximum discharges released from the gated spillway by using HEC-RAS which is constructed by US Army Corp. HEC-RAS software was used to aid in channel flow analysis and floodplain determination by researchers around the world. The amount of water release used in the simulation were 10, 25, 30, 50, 100, 230 and 300 m3/s. The water discharge were based on recommendation dam release by Tenaga Nasional Berhad (TNB). As a result, maximum depth, maximum velocity, arrival time and inundation boundary maps were produced. This finding will be able to produce flood hazard map and able to predict risk area of flooding. This study will also help authorities to control amount of maximum discharge level allowed from the dam as to prevent flood occur in downstream area of Sungai Bertam. Besides, this study can give awareness to local residents of risk area on flood wave travel time.
Contributor(s):
Siti Multazimah Mohamad Faudzi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875006848
Barcode : 00003106725
Language:
English
Subject Keywords:
Dams; generate electricity; downstream river
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
3/26/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 88
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-26 11:00:06.208
Date Last Updated
2020-05-06 16:13:37.94
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
2D simulation of Sultan Abu Bakar Dam release using HEC-RAS1 2018-03-26 11:00:06.208