Pembinaan berasaskan kerja batu telah lama digunakan dalam pelbagai jenis struktur, rumah, bangunan awam, swasta dan juga monumen bersejarah. Kapasiti beban terutamanya untuk dinding galas beban boleh ditingkatkan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang ada. Dalam usaha untuk meningkatkan daya tahan struktur dinding batu, kaedah yang boleh digunakan adalah dengan cara melepa dan pengukuhan. Dalam kajian ini, empat jenis prisma batu konkrit telah diperkenalkan untuk membandingkan tingkah lakunya terhadap beban. Spesimen-spesimen tersebut dikelaskan sebagai spesimen kawalan tanpa dilepa, sebelah bahagian dilepa, dua belah bahagian dilepa, dan spesimen diperkukuhkan dengan jalur Polimer Diperkuat Gentian Kaca (GFRP) dalam orientasi menegak. Ujian pencirian seperti ujian penyerapan dan ujian kekuatan mampatan dijalankan ke atas unit batuan konkrit (CMU) untuk menentukan ciri-cirinya sebelum campuran mortar digunakan untuk ikatan. Ujian mampatan dan ujian lenturan telah dijalankan untuk mencirikan campuran mortar yang hendak digunakan. Sebanyak 12 prisma spesimen dengan empat keadaan yang berbeza dihasilkan untuk ujian kekuatan mampatan. Setiap keadaan mempunyai sebanyak tiga spesimen untuk membandingkan keputusannya. Hasil ujian menunjukkan bahawa spesimen lepaan dua belah mempunyai purata kapasiti muatan tertinggi iaitu 209 kN. Dalam kajian ini, semua jenis spesimen menggunakan kaedah yang sama semasa proses penghasilannya dan membuktikan bahawa spesimen dengan lepaan dua belah boleh meningkatkan keupayaan struktur lepaan untuk menanggung beban yang tinggi.
_______________________________________________________________________________________________________
Masonry based construction has long been used in various types of structures, houses, public and private buildings and also historical monuments. The loading capacity of masonry especially for the load-bearing wall can be increased by various methods available. In order to increase the resilience of a masonry structure, methods that can be used are plastering and strengthening. In this research, four types of concrete masonry prisms have been introduced to compare its behaviour against loading. Those specimens are classified as controlled specimen without any plaster, one-sided plastered, two-sided plastered, and specimen strengthened by Glass Fibre Reinforced Polymer (GFRP) strip in a vertical orientation. Characterization tests such as absorption test and compressive strength test were conducted on concrete masonry unit (CMU) to determine its characteristics before mortar mix are applied for bonding. Compressive test and flexural test were conducted to characterize the mortar mix used. A total of 12 prisms specimens with four different conditions was produced for the compressive strength test. Each condition has a total of three specimens each to compare their outcomes. The test results showed that two-sided plaster specimen have the highest average loading capacity of 209 kN. In this study, all conditions used the same method during the production process and proved that both sides plaster can improve the ability of the masonry structure to resists high loading.