Pada masa dahulu pencemaran adalah merupakan sesuatu perkara yang tidak
dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, beberapa tahun
kebelakangan ini isu pencemaran adalah perkara yang selalu diperkatakan dan ia
menjadi isu yang semakin hangat. Sesunguhnya paras pencemaran di sesetengah
kawasan adalah dalam keadaan terkawal namun sesetengah kawasan telah pun
mengalami keadaan yang kritikal.
Masalah pencemaran ini tidak hanya berlaku di negara- negara maju seperti di
Amerika Syarikat, Jepun, namun begitu negara-negara yang sedang membangun turut
mnegalami masalah yang sama. Berikutan dari pembangunan yang semakin pesat
terutama selepas merdeka, masalah pencemaran di Malaysia mula meningkat dan
semakin membimbangkan. Dengan pertumbuhan kenderaan yang semakin meningkat
dari tahun ke tahun, masalah pencemaran udara menjadi lebih serius. Maka sebagai
contohnya untuk mengatasi masalah ini, negara- negara maju telah menggantikan
penggunaan petrol dan diesel sebagai bahan bakar kenderaan kepada penggunaan
bateri sebagai kuasa penggerak kenderaan. Ini adalah merupakan salah satu langkah
untuk mengurangkan kadar pencemaran sekali gus untuk mengurangkan
pergantungan terhadap bahan api yang semakin kehabisan.
Oleh yang demikian, laporan ini akan membincangkan beberapa perkara yang
berkaitan dengan pencemaran dan akan memfokuskan kepada pencemaran udara yang
berlaku di Parit Buntar. Selain itu, laporan ini turut membincangkan beberapa perkara
seperti punca-punca pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan juga langkah-langkah
pencegahan yang diambil untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Diharapkan laporan ini dapat memberikan gambaran jelas tentang pencemaran
yang khususnya berlaku di bandar Parit Buntar,Perak.
_______________________________________________________________________________________________________
Long time ago, pollution are not an important thing in our daily lifes. Even
though is was not an issue in those times but in a few years back it was much talk
about and is a hot issue. Pollution level in certain places are under control but at other
places it is in a critical condition.
Pollution problem is not only faced by developed country such as United
States and Japan but also in countries that is developing. Fast paced developement
especially after independence, polution is arising and in a worry state. With the
increase of vehicles from year to year, air pollution has reach a serious state. To
encounter this problem, for example, developed countries have change the use of
petrol and diesel to battery as energy for vehicles. This is one of the steps taken to
reduce pollution and to change the use of petrol that is depleting.
Therefore, this report discuss a few things about pollution and will focus on air
pollution in Parit Buntar. Furthermore, this report also disscusses on source of
pollutions, it’s effects and mitigation steps taken to induce pollution.
It is hoped that this report will give a good overview about pollution especially
in Parit Buntar,Perak.