Di Malaysia, terdapat lebih 261 tapak pelupusan sisa pepejal dan
kebanyakkannya berada dalam keadaan yang tidak terjaga. Air larut lesapan yang terhasil
daripada tapak pelupusan ini juga tidak diolah dengan sempurna. Salah satu pencemaran
alam sekitar yang disebabkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal yang berusia adalah
penghasilan air larut lesapan yang telah matang dan stabil yang kaya dengan bahan
organik, bahan bukan organik, ammonia and logam seperti ferum, zink and plumbum.
Jika tidak diolah, air larut lesapan ini berpotensi akan mencemar permukaan tanah dan
air bumi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengolah air larut lesapan yang telah stabil
secara kaedah penggumpalan dan pengelompokan menggunakan Poli-aluminium klorida
(PAC) dan ekstrak daun tembakau. Eksperimen dijalankan untuk menentukan dos dan
pH optimum untuk kedua-dua bahan pengumpal. Prosedur kajian juga termasuklah
pengacauan cepat selama 5 minit pada 250 rpm, pengacauan perlahan selama 30 minit
pada 60 rpm dan 45 minit untuk pemendapan. Penilaian kajian dibuat berdasarkan lima
parameter utama iaitu kekeruhan, pepejal terampai, warna, COD dan ammonia.
Penggunaan PAC telah mengurangkan sebanyak 99% kekeruhan, 95% pepejal terampai,
96% warna, 63% COD dan hanya 46% untuk ammonia menggunakan kepekatan PAC
sebanyak 1500 mg/L pada pH 6. Untuk ekstrak daun tembakau, tiada pengurangan yang
dapat dikesan untuk kekeruhan dan pepejal terampai. Warna pula berkurang pada 30%
menggunakan kepekatan ekstrak daun tembakau sebanyak 1000 mg/L pada pH 4.
Penggunaan ekstrak daun tembakau juga telah menggurangkan sebanyak 63% dan 46%
masimg-masimg untuk COD dan ammonia. Walaubagaimanapun, apabila ekstrak daun
tembakau diguna pakai sebagai bahan pembantu penggumpal bersama PAC,
penyingkiran dicatatkan sebanyak 21% kekeruhan, 48% pepejal terampai dan 86% warna
pada dos PAC 1500 mg/L pada pH 6. Parameter untuk COD dan ammonia juga
dicatatkan sebanyak masing-masing 91% dan 54%. Berdasarkan kepada data yang telah
dicatatkan, penyingkiran untuk COD dan ammonia adalah lebih tinggi apabila ekstrak
daun tembakau ditambah sebagai bahan pembantu pengumpal. Pembentukkan endapan
zarah yang dilihat pada gambaran Imbasan Elektron Mikroskop (SEM) dan penambahan
saiz yang direkod oleh mesin pengukur (Mastersizer) membuktikan gabungan antara
PAC dan ekstak daun tembakau mempunyai kecenderungan bertindak balas dengan
unsur pencemar.
_______________________________________________________________________________________________________
There are 261 landfills in Malaysia, and most of them are not properly designed.
Most of the landfill are considered as dumping ground without leachate treatment
facilities. One of the environmental pollution caused by the old landfill is the production
of stabilized matured leachate containing high organic materials, inorganic materials,
ammonia and metal such as iron, zinc and lead. If not treated and safely disposed, landfill
leachate could be a potential source of surface and ground water contamination. Thus,
this study was conducted to treat the stabilized leachate using coagulation process using
Poly-aluminium chloride (PAC) and tobacco leaf extract. Jar test experiments were
performed at various dosages and pH in order to determine the optimum dosage and pH
for both coagulants. The procedures include 5 minutes of rapid mixing (250 rpm), 30
minutes of slow mixing (60 rpm) and 45 minutes of settling. The evaluation also done
based on the removal of turbidity, suspended solid (SS), colour, chemical oxygen
demand (COD) and ammonia (NH3-N). PAC was efficient where 99% turbidity, 95%
SS, 90% colour, 63% COD and only 46% of ammonia recorded at dosage 1500 mg/L at
pH 6. Apart from that, use of tobacco leaf extract was not effective as coagulant for
turbidity and SS reductions. However, it removed 30% of colour at dosage 1000 mg/L at
pH 4 and 63% and 46% of COD and ammonia respectively. Besides, when the tobacco
leaf used with PAC as coagulant aid, the removal recorded where 21% turbidity, 48% SS
and 86% colour at dosage PAC 1500 mg/L at pH 6. Also, the removal of COD and
ammonia recorded at 91% and 54 % respectively. Based on the data obtained, this two
parameters COD and ammonia, the removal are more efficient when used the tobacco
leaf as the coagulant aid. The flocs formation which was observed in the Scanning
Electron Microscopy (SEM) image and the size increment resulting from the Mastersizer
analysis had proven that this combination had an affinity towards the pollutant element.