Kaca telah digunakan dalam bangunan selama berabad-abad. Sejak beberapa dekad yang
lalu terdapat kecenderungan ke arah menggunakan kaca sebagai elemen menanggung
beban. Dengan perkembangan tersebut, kaca mulai digunakan sebagai elemen pengisi
bangunan, seperti dinding kaca, tangga kaca dan lantai kaca juga mulai dipakai pada
zaman sekarang, walaupun anggapan masyarakat mengenai kaca masih tidak berubah.
Kaca masih dianggap sebuah material yang mudah pecah. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji kekuatan panel kaca yang telah diapit dan panel kaca yang telah diboltkan yang
dikenakan pembebanan pramuatan dan statik. Beban muktamad yang diperolehi semasa
kaca pecah dibawah pembebanan pramuatan dan statik dibandingkan. Selain itu, corak
kegagalan kaca juga dapat dikenali pasti melalui pemerhatian semasa ujian dijalankan.
Melalui kajian ini, sistem kaca yang berlainan iaitu panel kaca yang dibolt dan panel kaca
yang diapit menunjukkan keupayaan galas beban yang berbeza. Hal ini menunjukkan
sistem kaca yang dipilih juga mempengaruhi kekuatan kaca tersebut. Satu siri ujian
lenturan dijalankan untuk menentukan keupayaan galas beban. Semua ujian akan
dijalankan dengan mengunakan kaedah ujian lenturan.
_______________________________________________________________________________________________________
Glass has been used in building for centuries. Over the last decade there is a tendency to
use glass as load bearing elements. With these developments, the glass began to be used
as elements in the building, such as glass walls, glass stairs and glass floors also began
to be used today, despite the public perception of the glass remains unchanged which
glass is still considered a fragile material. The aim of this study was to investigate the
strength of bolted and clamped under preload and static loadings. Ultimate breaking load
of glass under preload and static loadings was compared. In addition, the failure pattern
of glass was determined through observation during the test. Through this study, different
glazing systems which are bolted glass panel and clamped glass panels show different
load bearing capacity. This shows that the system selected also affects the strength of the
glass. All testing was conducted using the three point bending test method.